Sunday, June 28, 2009

Di manakah kita......?

Marilah sahabat-sahabat, kawan-kawan, rakan-rakan cuba merenung dan bandingkan saiz Bumi dengan Zuhrah (Venus), Marikh ( Mars ), Utarid ( Mercury ), dan Pluto.. Agak besarkan saiz Bumi


ada tak kita ni?

Sekarang mari kita bandingkan Bumi dengan Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus, dan Neptune..Di manakah kita ye.....? cari-cari,jangan tak cari...

dimanakah kita?

Kali ni mari kita bandingkan Bumi dengan Matahari..Nampak tak kita ye..?

sah memang kita macam kuman je.

Berbanding Matahari.Bumi ni ibarat setitik dakwat ( ambil pen dan dotkan atas kertas putih ) di alam yang luas ini, di manakah kita sebenarnya..ya dan terbukti kita hanyalah sekerdil maskhluk yang hidup menumpang di bumi Allah s.w.t. Fikirkanlah pula Pencipta kepada alam ini..Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang. Subhanallah...

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, kita tidak bermakna sedikit pun disisi Allah s.w.t jika dilihat pada gambar di atas. Kita hanyalah sekecil-kecil makhluk yang tidak berupaya untuk berbuat apa-apa. Jadi janganlah kita takabbur dengan kurniaan pangkat, kuasa, derajat, harta serta lain-lain. Ingatlah, adanya kita di dunia kali ini adalah kerana sifat ehsan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Marilah kita sama-sama mensyukuri segala nikmat kurniaan dan anugerah yang telah diberi oleh Allah s.w.t.


Saturday, June 27, 2009

Bermulanya Fasal Saifi..


rindu Madinah

Doa Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Ya Allah, jadikanlah pada akhlakku mulia seperti Engkau menjadikan jasadku baik” (hadis riwayat Ahmad).


Maksud sebuah hadis riwayat Ahmad, Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kedudukannya kepadaku pada hari akhirat ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya dan sesungguhnya orang paling dibenci di kalangan kamu di sisiku dan yang paling jauh dariku di akhirat ialah orang yang buruk akhlaknya”.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang” (surah al-Ahzaab:21).


Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu” (Riwayat al-Hakim).


Bermulanya Saifi….


Syukur Alhamdulillah, musim cuti bagi pelajar-pelajar Universiti Mu`tah Jordan yang mendaftar madah bagi fasal saifi (musim panas) bakal berakhir beberapa jam lagi. Tetapi, bagi yang tidak mendaftar madah fasal musim panas ini, mereka masih lagi berbaki cuti selama beberapa bulan. Biasanya, mereka sudah terbang ke tanah air dan sedang bergembira dengan keluarga di sana. Alangkah seronoknya kalau dalam masa beberapa bulan itu kita dapat memenuhi masa tersebut dengan kerja berfaedah ye. ( nasihat ini untuk sahabat-sahabat yang cuti panjag deh).


Selamat berjuang kepada sahabat-sahabat Mu`tah yang bakal memulakan pengajian Fasal Saifi termasuk diriku sendiri. Jadikanlah fasal yang akan datang lebih elok dari fasal yang sebelumnya dari segi kehadiran ke kuliyyah, musyarakah dengan doktor, assignment yang sempurna serta cuba mendapat kefahaman yang lebih mendalam lagi dalam madah-madah pengajian yang di ambil. Janganlah kita harapkan purata dan gred peperiksaan sahaja yang tinggi tapi sakhsiah peribadi diri kita masih lagi kebudak-budakkan. Jadikanlah medan pengajian kita ini sebagai medan mencari sebanyak mungkin input-input yang boleh menolong kita di kemudian hari. Semoga input-input pada fasal-fasal yang lepas masih lagi berlegar-berlegar dalam otak pemikiran kita dan mampu di praktikkan bila tiba masanya serta mampu menjadikan kita seorang yang bersahsiah tinggi.


Kali ni, aku ingin berkongsi sedikit pendapat dan persoalan dengan saudara dan saudari sekalian berkaitan akhlak-akhlak yang sepatutnya di tonjolkan oleh pelajar-palajar yang berstatus pelajar dalam bidang Islamic Studies tidak kira belajar di universiti tempatan ataupun luar Negara. Apakah patut, kita sebagai seorang mahasiswa agama major study kita adalah Islamic Study mempunyai akhlak lebih teruk dari mahasiswa-mahasiswa yang mengambil jurusan yang majornya bukan dari Islamic study? Malahan tidak di sentuh langsung dalam pembelajaran mereka pasal subjek-subjek pengajian Islam. Tetapi mereka mampu untuk mendabik dada kepada pelajar agama dari segi akhlak yang ditonjolkan oleh mereka walaupun mereka bukan pelajar aliran agama.Disini, Bukan aku nak nafikan, bahawa ada je pelajar agama yang memang sahsiah dan keperibadiannya masih lagi unggul dan baik.


Ada kita kesah..?


Yang menjadi masalah sekarang, ialah golongan yang pior-pior yang boleh digelarkan ustaz dan ustazah apabila mereka berkhidmat dengan masyarakat kelak mempunyai masalah dari segi akhlak dan tingkah laku. Inilah virus yang agak membimbangkan kita sebagai pelajar agama. Mungkin mereka boleh menjadi virus yang boleh meracuni pemikiran masyarakat serta menjadi fitnah terhadap pelajar agama. Dimanakah salah dan silap kita sebagai mahasiswa agama yang bakal bergelar ustaz dan ustazah? Sehingga ada antara mereka yang dari bidang berlainan memperkecil-kecilkan maruah dan kredebiliti kita sebagai pelajar agama. Memang tidak di nafikan ada yang mengatakan “ aku belajar agama ni tak semestinya aku akan jadi ustaz dan tak semestinya aku kena letak title ustaz kat depan nama aku.” Betul jawapan tersebut, tapi ingatlah masyarakat akan tetap memanggil kita ustaz walaupun kita tidak mahu di panggil sedemikian. Aku kata sebegini sebab aku dah merasakannya. Ayuhlah sahabat-sahabat yang satu matlamat, yang satu perjuangan, yang satu tekad bangkit mencari jalan penyelesaian atau tonik yang mampu membersihkan nama pelajar-pelajar agama dalam isu ini.


Ada kita kesah…?


Disini bukanlah aku nak katakan yang aku mempunyai akhlak yang baik, tapi cita-cita dan azam untuk kearah itu serta melihat sahabat-sahabat yang lain supaya berakhlak sedemikian masih kuat dan utuh untuk di realisasikan. Aku rasa mungkin semua orang mempunyai cita-cita dan azam sedimikian cuma masa untuk mencetuskannya belum kunjung tiba. Jadi di sini, marilah kita sama-sama menjadi orang yang pertama menjadi pencetus kearah masyarakat yang unggul akhlaknya dan baik peribadinya sealiran dengan persepsi masyarakat terhadap kita sebagai pelajar agama.


Kita hanyalah manusia biasa yang tidak maksum termasuk diri yang berkata ini. Aku harapkan nasihatlah dari semua pihak supaya dapat memberi sedikit teguran yang bernas dengan cara yang berhikmah dan baik ketika diri yang berkata ini berada dalam kelalaian serta kearah keburukan. Diri ini masih lagi dahagai tunjuk ajar serta contoh teladan dari kalian semua.


Akhirnya, marilah kita renungkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Hasan al-Basri,Seorang Muslim itu sangat ketat menjaga akhlaknya dan sentiasa melakukan muhasabah diri. Ia menjaga akhlaknya lebih ketat daripada seorang saudagar menjaga harta dan perdagangannya”.



Thursday, June 25, 2009

Ahlen-Ahlen Ya Rejab....


Kisah Sejarah Kita Yang Berlaku Pada Bulan Rejab.

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Bulan Rejab juga merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9: maksudnya

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah:

"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).

Syair-syair tentang bulan Rejab

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Persoalan disini? Apakah terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang ibadat-ibadat khusus yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada bulan Rejab. Marilah kita semua menteliti hadis yang benar-benar sahih ataupun hadis tersebut batil ketika menceritakan perihal bulan Rejab dan fadilatnya. Menjadi tanggungjawab ke atas kita untuk mencari jalan kebenaran yang sebenar-benar benar supaya ibadat yang kita tunaikan diterima oleh Allah s.w.t melalui dalil-dalil yang nyata.

ibadah yang sama natijah berbeza

Wednesday, June 24, 2009

Journey From Mu`tah to Damascus…( 10 June 2009)


Tabulations of Departures and Arrival …(
10 June 2009)

baru keluar dari Bayt Malizi



jam 8.30 pagi : Kami seramai 7 orang (aku,Ket,Solihin,Hamzah,Padil,Awis,Khairullah) bertolak dari Mu`tah ke Abdali, Amman dengan menaiki van sewa Abu Mohammad. Sepatutnya kami bertolak tepat pada pukul 8.00 pagi tapi disebabkan kecuaian bahagian pengankutan menyebabkan jadual perjalanan tergendala seketika. Dikhabarkan oleh Hamzah bahawa sewa van Abu Mohammad dari Mu`tah ke Abdali berjumlah JD30 untuk satu perjalanan

jam 9.30 pagi : On the way ke Amman. Semua tidur dalam keadaan posisi agak berbeza

jam 10.15 pagi : Tiba di Abdali, amman. Kali pertama aku sampai di Abdali dan Amman semenjak tiba di Jordan. Kali ni pasti mulut Hamzah terkunci memperli aku. Hamzah terus ke kaunter kereta servis dengan di iringi oleh Abu Mohammad. Semua agak haus disebabkan cuaca yang panas dan berdebu di Amman ketika ini. Memang berbeza suhu Amman berbanding Mu`tah yang masih dalam keadaan cuaca yang masih stabil. Aku lagi suka di Mu`tah walaupun kampung

jam 10.30 pagi : Bertolak dari Abdali, Amman ke Dimashq. Bayaran untuk 2 buah kereta servis berjumlah JD90. Aku rasakan tambang ini cukup mahal. Aku bersama Padil, Solihin dan Khairullah dan 1 kereta lagi Awis, Hamzah dengan Ket. Kami kurang senang dengan sikap pemandu yang kurang peramah dan agak pongoh sedikit

jam 11.30 pagi : Sampai dekat sempadan Jordan. Bayar JD5 untuk keluar Jordan setiap seorang. Mujur la masuk Syria tak kena bayaran, kalu tak kering la poket aku bulan ni. Alhamdulillah boleh masuk Syria selepas tidak disyaki menghidap apa-apa penyakit sesudah disahkan di klinik kesihatan Syria. Urusan dengan pegawai imegresen Jordan memang low class tapi Syria lagilah double low class.12.30 tgh hari : Segala-galanya berjalan dengan lancar. Lebih kurang sejam berurusan dengan pegawai imigresen Jordan dan Syria. Dari lafaz halak untuk lahjah amiah Jordan ke lafaz ahlenn untuk lahjah amiah Syria. Kena biasa-biasakanlah ye

jam 1.30 tengah hari : Tiba di stesen kereta servis Syria. Akhirnya aku selamat sampai ke Dimashq buat kali pertama dalam diari hidup ini. Terpaksa menunggu kereta satu lagi selama sejam kerana kereta yang aku naiki tiba agak awal. Memang benar penantian itu satu penyiksaan

jam 2.45 petang : Mengambil teksi ke rumah Zool Amali di sekitar Mujtahed. Tension betul pemandu teksi tu jenis tak tahu malu sempat lagi ambil kesempatan keatas kami dengan menaikan tambang sesuka hati saja dari LEIRA 200 ke LEIRA 250. Bayar je lah

jam 3.00 petang : Tiba di Mujtahed. Sesat mencari rumah Zool Amali. Lebih kurang 30 minit menunggu dan mencari akhirnya jumpa rumah Zool Amali dengan bantuan akhawat dq di Syria melalui pengurusan Awis

pemandangan sekitar Mujtahed

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..Atas kehendak dan keizinanNya akhirnya aku sampai memijak kaki di bumi Dimashq iaitu bumi Syam yang tanahnya penuh berkat kerana dikelilingi dengan maqam para anbiya, para sahabat r.a serta maqam ulama-ulama terdahulu. Perasaan teruja hanya Allah saja yang tahu sepertimana perasaan ketika pertama kali tiba di bumi Jordan

Wallahu Ta`aala Aa`lam buat kali ni

makluman masa perjalanan tidak beberapa tepat tapi menghampiri kepada waktu yang sebenar

baru sampai dimashq
bersama dehe ( mutawwif syria )

semua teruja

dekat atm
wsslm

Tuesday, June 23, 2009

Hari Esok Untuk Islam ( Siri 2 )

Bersambung dari siri pertama ke penutup.

Kemenangan Islam Menurut Al Quran.


Kemenangan Islam terhadap agama-agama lain
.
" Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai" (At Taubah: 33)

Mukmin sebagai khalifah di muka bumi .
"Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Allah akan mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka(Islam) yang diredhainya untuk mereka, dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (An-Nur: 55)

Pertolongan Allah kepada Mukminin .
"Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa." (Yusuf: 110)
Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh
"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."( Al Anfal: 30)

Kemenangan Islam menurut As Sunnah

Tersebarnya Islam di seluruh alam.
Diriwayatkan oleh Tamim Ad Dari, berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya, urusan ini (Islam) akan sampai ke mana sahaja uang sampai oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumahpun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya agama ini, sama ada memuliakan orang yang mulia ataupun denga menghina orang yang hina, iaitu Allah muliakan dengan Islam dan menghinakan dengan kekufuran. (Riwayat Ahmad)

Kekuasaan Islam di Timur dan Barat
Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)

Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi
Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)

Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah
Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya. Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah megangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi). Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabiaan.

Alhamdulillah, pada siri pertama telah mengajar kita cara mengenali kekuatan yang ada pada muslimin itu sendiri. Yang mana,dengan mengenali ciri-ciri tersebut sudah pasti musuh-musuh Islam tidak senang duduk dan senantiasa memikirkan teknik-teknik untuk memusnahkan kita semua. Sunnah perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiah sudah pasti akan tertegak dengan hanya dengan cara sunnah perjuangan Rasulullah s.a.w. Dan dalam siri kedua ini kita disajikan dengan dalil-dalil atau bukti-bukti bahawa kemenangan Islam semakin hampir. Ayuhlah dan bangkitlah kita semua supaya menjadi jentera pertama yang akan membantu kemenangan bagi pihak Islam walau dengan apa jua caranya samada melalui cara pendidikan, politik, sebagai pelajar dan sebagainya.
Tammat.

Monday, June 22, 2009

Hari Esok Untuk Islam ( Siri 1 )

Setelah kejatuhan empayar Islam Othmaniah, kita telah melihat beberapa siri penindasan dan kekejaman yang telah menimpa umat Islam sehingga hari ini. Umat Islam seolah-olah telah hilang taringnya yang tidak mampu melawan kekuatan musuh. Islam telah kehilangan rijal-rijal yang akan kembali membawa kegemilangan Islam. Pukulan hebat dan penangkapan serta penyembelihan berlaku pada umat Islam apabila umat Islam mula bangun cuba untuk menegakkan Islam kembali. Umat Islam seolah-olahnya kehilangan pedoman dan panduan apabila melihat kekuatan musuh yang begitu hebat.

Ramai di kalangan muslimin menyangkakan bahawa pada akhir zaman nanti akan berlakunya al fitan dan kerosakan di muka bumi. Mereka menyangka bahawa kekufuran beleluasa, kejahatan menguasai alam. Islam berada di dalam kemunduran dan penegak kebenaran dihina dan ditindas.

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah pasti akan runtuh di bawah kekuatan Islam. Islam akan sekali lagi menjadi pentadbir alam ini. Maka muslimin seharusnya merasa yakin dan tidak berputus asa dengan janji Allah bahawa Islam akan muncul mentadbir alam ini walaupun orang kafir cuba untuk menghapuskannya.

Firman Allah Taala:

" Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang kafir tidak menyukai" (at Taubah: 32)

Sebenarnya sikap berputus asa dan keluh kesah terhadap suasana yang menimpa umat Islam kini merupakan sikap yang sepatutnya dikikis. Umat Islam seharusnya merasa optimis dengan kejayaan yang bakal dihadapi oleh Islam pada suatu hari nanti.

Apabila kita melihat sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, Rasulullah sering memberikan khabar gembira kepada sahabat tentang kemenangan-kemenangan yang bakal diperolehi oleh muslimin. Di dalam peristiwa hijrah, semasa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, baginda telah berjanji kepada Suraqah yang telah cuba untuk membunuh Nabi dengan menghadiahkan kalung Kisra raja Parsi kepada Suraqah. Walaupun pada masa itu Islam masih lagi diperingkat awal, namun Rasulullah mampu menjanjikan bahawa Islam akan mengalahkan kerajaan Parsi.

Begitu juga semasa di dalam peperangan al Ahzab, ketika mana Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali Parit. Rasulullah telah menyatakan kepada para sahabat bahawa Islam akan menawan kota-kota Yaman, Rom dan Parsi. Sedangkan pada ketika ini umat Islam sedang berada di dalam kegetiran berhadapan dengan jumlah musuh yang begitu ramai, tetapi Rasulullah s.a.w. mampu menjanjikan kepada para sahabat tentang kemenangan yang bakal diperolehi oleh mereka.

Dengan keyakinan inilah para sahabat berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka.

Fajar menyinsing

Tanda-tanda awal telah kita lihat pada hari ini bahawa fajar Islam akan kembali bersinar tidak lama lagi. Kita melihat kebangkitan Islam telah mula bersinar di seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mula kembali kepercayaan mereka terhadap Islam. Dan musuh-musuh Islam telah mula bimbang dan khuatir dengan kebangkitan ini dengan menyebarkan dakyah bahawa golongan-golongan ini merupakan 'terrorist' dan 'fundamentalist'.

Kuasa-kuasa besar dunia semakin hari semakin hilang kekuatannya. Keruntuhan kerajaan Komunis Soviet Union dan kerajaan-kerajaan komunis yang lain merupakan satu petanda bahawa kekuasaan kekuatan musuh tidak akan selama-lamanya. Amerika Syarikat pada ketika ini telah mengalami masalah dalaman negara yang begitu teruk. Golongan remajanya yang bakal menjadi teraju kepemimpinan negara telah mengalami keruntuhan moral yang amat dahsyat. Amerika Syarikat yang mendabik dada kekuatan mereka sebenarnya merupakan negara yang menunggu saat-saat kehancuran seperti mana runtuhnya kerajaan komunis.

Ini merupakan bibit-bibit awal bahawa fajar Islam akan mula menyinsing dan akan menjadi penguasa alam ini. Kesedaran Islam telah mula tercerna di dalam hati-hati umat Islam. Pemuda-pemuda Islam di seluruh pelosok alam

telah mula melaungkan slogan Islam. Kebangkitan Islam telah berlaku kepada umat Islam dalam bentuk fikri, akhlak, ekonomi dan jihad. Maka kita yakin bahawa Allah pasti akan bersama-sama mereka dalam menegakkan Dinul Islam ini.

Kekuatan yang dimiliki oleh Muslimin.

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt:

"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"

(Al A'araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.