Monday, December 27, 2010

JANGAN TUNGGU DEAD SEA KEDUA MUNCUL DI MALAYSIA!!!!!!!!!


Baru-baru ini negara kita diserang virus GAY ataupun homoseks…Memang mengejutkan semua pihak..Kalau boleh aku nak jemput mereka-mereka yang mengaku GAY dengan terang-terangan ataupun yang masih lagi bersembunyi ke Jordan. Nak ajak mereka datang Dead Sea, tempat dikatakan perkampungan Kaum Nabi Lut yang diterbalikkan bumi..Biar mereka tu kecut sikit.

Bagi mereka-mereka yang GAY atau homoseks baca sampai habis artikel ni..Biar korang ada rasa nak insaf sikit.

Ni cerita Kaum Luth.

Kaum Nabi Luth adalah kaum Homoseks dan lesbian yang minat seks sesama jenis. para lelakinya hanya berminat dengan upacara meliwat antara lelaki dan lelaki.

Sebelum mencermati sisa-sisa dari bencana ini, marilah kita lihat mengapa kaum Luth dihukum dengan cara seperti ini. Al Qur'an menceritakan bagaimana Luth memperingatkan kaumnya dan apa jawab mereka :

" Kaum Luth telah mendustakan rasul-nya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka " Mengapa kamu tiidak bertaqwa?". Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan ( yang diutus ) kepadamu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka menjawab " Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir". Luth berkata " Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu ". ( QS Asy-Syu"ara" 160-168 ).

" Dan ( Kami juga telah mengutus ) Luth ( kepada kaumnya ). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka :" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (didunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu ( kepada mereka), bukanka kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan :" Usirlah merkea ( Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri ."(QS Al A'raaf 80-82).

Kemudian Allah telah mengutuskan dua malaikat untuk menyamar menjadi lelaki tampan dan menjadi tetamu Nabi Luth. Penduduk setempat di Kota Sodom yang gemar dengan lelaki jambu dan bontot telah mendesak agar Nabi Luth menyerahkan lelaki itu kepada mereka walau pun Nabi Luth menawarkan dua orang putrinya yang cantik untuk dikahwini.

Nabi Luth amat malu dengan tetamunya tetapi baginda tidak tahu bahawa tetamu baginda sebenarnya adalah malaikat. Nabi Luth diperintahkan oleh Allah untuk membawa kaumnya supaya bertaqwa tetapi mereka berdegil dan terus menerus melakukan aktiviti Homoseks.

Aktiviti Homoseks di situ adalah norma norma kehidupan seolah olah seperti makanan ruji mereka. Maka Allah pun memerintahkan supaya Nabi Luth meninggalkan Kota Sodom dan membawa dengannya sekali mereka yang patuh. Isteri Nabi Luth bagaimana pun terpengaruh dengan Penduduk Kota Sodom.

Allah kemudian menurunkan balanya. Kota Sodom yang berada di tepi Laut Mati (Danau Luth) yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel-Yordania. Dengan sebuah gempa yang dahsyat dan tanah menjadi merekah, Kota Sodom yang berada di puncak bukit tenggelam ke dasar tanah. Hujan batu api (letusan lava) kemudian menghentam kota tersebut. Bencana diikuti dengan ombak laut tsunami yang besar sehinggakan Kota Sodom di telan oleh laut Mati. Maka habis kaum Nabi Luth punah akibat kebejatan otak mereka.

Mengikut pakar arkeologi, bencana itu terjadi di daerah Lembah Siddim, yang di dalamnya terdapat Kota Sodom dan Gomorah, merupakan titik bertemunya dua lempengan kerak bumi yang bergerak berlawanan arah. Patahan itu bermula dari tepi Gunung Taurus, memanjang ke pantai selatan Laut Mati dan melewati Gurun Arabia ke Teluk Aqaba dan terus melintasi Laut Merah, hingga berakhir di Afrika. Dua lempengan kerak bumi ini bergeser di daerah patahan maka akan menimbulkan gempa bumi dahsyat yang diikuti dengan letusan lava dan diakhiri dengan tsunami (gelombang laut yang sangat besar) yang menyapu kawasan pesisir pantai.

Begitulah azab yang di turunkan oleh Allah kepada kaum Nabi Luth akibat aktiviti main bontot mereka yang sangat berleluasa. Hari ini, Allah telah menurunkan Bala Tsunami walau pun dalam bentuk yang kecil tapi ianya adalah ingatan kepada bala yang lebih besar jika kita terus menerus mengiyakan aktiviti Homoseks. hari ini, aktiviti homoseks dan gay di seluruh dunia adalah aktiviti hak asasi dan demokrasi. Ianya juga amat amat berleluasa. Ianya sudah sampai kepada satu tahap di mana menjadi gay adalah 'OK'.

Ada negara yang ingin dibenarkan untuk mengahwini lelaki sesama jenis. Terdapat kumpulan NGO yang memanggil diri mereka Gay Rights Organization. Di negara kita, terdapat biseksual yang disembah seperti tuhan dan ingin pula dijadikan pemimpin negara. Allah sudah memberi peringatan awal. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum ianya betul betul sudah terliwat

JANGAN TUNGGU DEAD SEA KEDUA MUNCUL DI MALAYSIA

Sunday, December 26, 2010

Taksub dan Jahilnya mereka


Baru-baru ni, aku ditanya oleh seseorang berkenaan cara nak jawab persoalan yang dibangkitkan oleh orang-orang yang taksub dengan syiah.

Cuba baca dan hayati…kalu rasa nak jawab, silakan.

sy pnh bce blog awk

Yang dikatakan sahabat nabi ialah mereka yang tunduk patuh pada suruhan nabi tapi kalau mereka sudah menentang nabi dan tidak ikut apa yg nabi kata maka mereka bukan lagi sahabat nabi...lebih2 lagi selepas nabi wafat mereka banyak yang pandai2 cipta hukum2 sendiri seperti Abu Bakar, Umar dan Usman. Kamu kena banyak mengkaji sejarah ..jgn ikut taqlid buta saja.

Nabi suruh ikut ahlul baitnya..ini pun ada dalam quran. Ramai yg mengaku ikut juga ahlul-bait tapi x tahu pun sapa ahlul-bait itu.

Isteri2 nabi pun dalam sejarah yang terang2 selalu menyakiti Nabi macam Aisyah dan Habsyah...dua ekor yang x boleh pakai dan pandai2 juga buat banyak hadis2 palsu untuk kepentingan diri mereka sendiri yg menyokong bapak2 mereka.

Rajin2 baca...sekrng ni dah banyak buku2 ataupun kat Mesir sana pun dah ramai yg menjadi pencinta2 Ahlul Bait termasuk ulama2

Nilah persoalan yang mereka bangkitkan.

nk jwp cmne?

aku hanya ingin timbulkan persolan balik.

Siapakah yang buta sejarah.? Siapakah yang bertaklid buta? Tidak tahukah mereka, sahabat-sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasullah S.A.W?

Jahil dan Taksubnya mereka. Bukakanlah hati mereka Ya Allah.

Aku pecinta Rasullah S.A.W ahlul bayt nabi dan para sahabatnya..

Monday, December 13, 2010

Awas Dengan Mereka !!!! Bahaya Syiah

Ramai antara kita tidak tahu apa itu Syiah yang Ghuluw.
Semoga kita semua dapat sebarkan apa itu fikrah syiah.



Persamaan Akidah Syiah dan Yahudi



Tanggapan dan Pandangan mereka terhadap khalifah Ar-Rasyidin Abu Bakar Assiddiq, Umar al-Khattab dan Utsman yang memang dijanjikan syurga



Fikrah Syiah sudah Mula menula di Malaysia



Berita berkenaan saudara sunni kita di Iraq, Mereka ditindas oleh orang-orang Syiah ( wajib Tengok )




Penjelasan buat mereka yang mendakwa mereka Syiah


Aku cintakan Rasullulah S.A.W, Para Sahabat dan Ahlul Bait.

Sunday, December 12, 2010

Kenangan Demi Kenangan : Umrah 2007

Alhamdulillah dan Syukurlillah atas nikmat ini.


Balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Saudi Arabia



Bergambar Kenangan sebelum Muqabalah UIM



Istareh


Alhamdulillah, jumpa jugak nasi kali ni.



dalam kenangan



Mat`am Yamani di Jeddah


Syukur kepada Allah



bersama teman-teman di Jabal Rahmah



Niat miqat di Ja`ranah

Selepas tawaf wida`

Ya Allah terimalah aku sebagai tetamuMu lagi.
Sesungguhnya Aku merindui kekasihMu
Sesungguhnya Aku merindui rumahMu.


Terima kasih buat abah dan ma kerana sponsor tiket mengerjakan umrah.
Mac 2007.

Friday, December 10, 2010

Di Manakah Kita?????

Tengok betul-betul.

Rasa perlu dikongsi dengan member yang lain-lain.
Lain kali kita tak yah duk sombong-sombong la semua ye.
tak kemana pun...
Allah Maha Besar dari segala-galanya.


Thursday, December 9, 2010

Misi Tebus Maruah ( Gomo Malaysia Gomo )

Harapan Anak Malaysia

Walaupun berada diperantauan, aku tetap bersama dengan peminat-peminat yang berada di tanah air mengikuti segala perkembangan pasukan kita di AFF Suzuki Cup Indonesia. Tahniah dan syabas kepada pasukan negara kerana dengan kerja keras dan semangat yang tinggi, mereka mampu untuk mara ke separuh akhir. Harap-harap impian pasukan negara untuk tebus maruah bukan hanya sekadar angan-angan kosong. Lazimnya pasukan kita harus terus mara ke peringkat akhir dengan membenam pasukan Vietnam.

Demi menebus kembali maruah yang telah tergadai. Tidak kira siapa lawan kita, kemenangan yang peru ditagih demi maruah tersebut. Semoga pasukan kita mara lebih jauh dan mampu menghiburkan peminat dengan permainan cantik. Ayuh peminat-peminat bola sepak tanah air, mari kita sama-sama menghangatkan lagi suasana sekarang.

Rentetan Malaysia ke separuh akhir AFF Suzuki Cup 2010



1st game ( Malaysia vs Indonesia )




2nd game ( Malaysia vs Thailand )



3rd game ( Malaysia vs Loas )



Be coming and waiting : Semi Final ( Malaysia vs Vietnam ).......?

Wednesday, December 8, 2010

Adakah Mereka Di Pihak Yang Benar?

Sekadar Perkongsian Bersama. Aku Cintakan semua Para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W dan Ahlul Bait.

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi RadiaAllahuanhum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran.

Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Tidak dinafikan ada diantara mereka yang tidak menkafirkan para sahabat dan merupakan golongan yang paling dekat ahlu sunnah iaitu golongan Syiah Zaidiyyah.

Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat.

Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah.

Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)

2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)

3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)

4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)

5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)

6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)

7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)

8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)

10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)

11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)

12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

"Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:

1.Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.

2.Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran.

3.Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.

4.Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.

5.Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.

AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

1) Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

2) Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

3) Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

4) Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

5) Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al- Istibsar j. 3 hal. 141)

6) Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

7) Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

9) Memarahi orang yang puasa Asyura.

10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).

KALIMAH SYAHADAH SYIAH

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah .."

AZAN SYIAH
-penambahan kalimah dalam azan yang dilaungkan

1) (Aku bersaksi bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah)

2) (Marilah ke arah sebaik-baik amalan)

*Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya menganut fahaman Syi`ah

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:
1. www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. www.abunaaielah.blogspot.com
3. www.tenteradajjal.blogspot.com
4. www.hakekat.com
5. www.kr-hcy.com/shia
6. www.ansar.org/english
7. www.alburhan.com/
8.
http://nasaie.blogspot.com/

Tuesday, December 7, 2010

8Jam di Kuwait

Kuwait Lagi.

2 Oktober 2010, Alhamdulillah, diberi kesempatan buat kali kedua untuk memasuki negara Kuwait. Sebuah negara yang mempunyai nilai matawang yang paling tertinggi di dunia. Iaitu 1 Kuwait Dinar ( KD ) bersamaan RM 12. Negara ini juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang terletak di Teluk Arab( دول العربية الخالجية )

Negara ini bersempadan dengan Iraq di utara, dan Arab Saudi di selatan. Nama Kuwait ialah singkatan perkataan Arab yang membawa maksud "kubu yang dibina dekat air"

Mengikut pendapat salah seorang pelajar dan kenalan Ustaz Sofie pelajar Universiti Kuwait, sejarah Kuwait tidaklah begitu banyak sekali yang boleh diperkatakan. Terbinanya juga negara disebabkan peperangan di negara-negara Arab teluk. Antara Iran, Iraq dan Kuwait sendiri.

Jika dibandingkan negara Kuwait dengan negara-negara Arab yang lain, negara ini begitu terkehadapan dari sudut ekonomi. Merupakan salah satu negara pengeluar minyak di dunia ini.Untuk menjelajah seluruh tempat-tempat menarik di Kuwait memadai dengan sehari dua berada di sana.

* Tarikh pada gambar berlaku keralatan

Penerbangan Kuwait Airways Malaysia - Kuwait - Jordan


Selepas arrival, cari teksi ke penginapan pelajar Universiti Kuwait



Di Hadapan Badan Kebajikan Zakat Asia Tenggara



Menara Kuwait




Ramah Mesra bersama Pelajar Malaysia di Universiti Kuwait


Menara mengingati Perang Teluk ( Liberation Tower )



Jangan terkejut jika minyak di sini lebih murah dari harga sebotol air
selepas di convert ( 1leter = RM 0.80 sen )



Masjid Kaber ( Masjid Imam Masyari Rasyi Al-Fansi )
Sedih hanya dibuka untuk waktu solat fardhu sahaja


Pintu gerbang Universiti Kuwait


Kuwait University department


Makmal komputer ( kat Jordan takde macam ni )

Kuwait Muzium



Transit Pertama di Kuwait ( sempat jelajah satu malam )


Pelajar Malaysia dari USA

*ada rezeki nanti ambo masukkan lagi.

Monday, December 6, 2010

Selamat Tinggal 1431H

Salam maal hijrah buat semua umat Islam.

Dengan kedatangan tahun 1432H bakal mendatangkan seribu satu rahmat kepada kita semua dan 1431H yang telah berlalu akan menjadi penanda aras, di takuk manakah kita berada? Dan banyak manakah amalan yang telah kita lakukan dengan ikhlas dan sempurna?

Dengan rasminya buku catatan kita bagi tahun 1431H akan berakhir pada kali ini, dan sama-samalah kita bermuhasabah diri. Semoga setiap perkara yang berlalu menjadi iktibar dan pengajaran kepada diri kita semua agar ia mampu menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur pada Yang Maha Kholik.

Marilah kita sama-sama menghayati kisah sirah perjalanan Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Kota Mekah ke Madinatul Munawwarah ( kota yang bercahaya ) bagi menyahut perintah Allah s.w.t dan juga bagi menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Banyak dugaan dan ujian yang diterima oleh Kekasih Allah dan para sahabat semasa proses penghijrahan. Tetapi semua ujian dan dugaan yang datang tidak menggugat jiwa dan keimanan mereka kepada Allah s.w.t RasulNya. Mereka tetap percaya dan yakin dengan jalan yang telah mereka pilih.

Dan akhirnya, atas keyakinan dan iman yang teguh mereka telah berjaya membuka dan membina sebuah kerajaan Islam. Bermula di situlah Islam mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Segala bentuk kemungkaran dan halangan pihak musuh mereka telah hadapi dengan jayanya demi Islam yang tercinta.

Sesungguhnya banyak pengajaran dan iktibar dapat kita ambil dari kisah tersebut. Hanya mereka yang benar-benar memahami kisah itu sahaja yang mampu untuk mengaplikasikan pada kehidupan pada hari ini. ( semoga kita tergolong dalam golongan yang memahami)

Semoga dengan kedatangan tahun 1432H, ISLAM akan terus terbela dan disanjung tinggi sehingga jatuhnya kerajaan Taghut. InsyaAllah. Semoga semangat generasi para salaful soleh akan bangkit dalam diri dan jiwa kita semua.

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Sunday, November 14, 2010

Salam Aiduladha Buat Semua

Salam Aiduladha buat semua yang mengenali diri ini.
Aku masih lagi dalam dilema.
Semoga semua ini ada hikmah untuk hari yang bakal mendatang.
Banyak perkara yang ingin dikongsi tetapi masih belum ada kekuatan.
Tahniah kepada sahabatku Wan Saifuddin dan Isteri kerana telah dianugerahkan seorang cahaya mata.
Kepada yang mengenali diri ini, hadirkan aku dalam setiap doamu.

ان الفتي من يقولوا ها انا ذا
وليس الفتي من يقول هذا ابي

Friday, July 30, 2010

Ujian dan Dugaan


Kembara seorang yang dagang akan sentiasa mencari perkara-perkara baru dalam hidupnya untuk mengenal dengan lebih mendalam erti kehidupan yang sebenar. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari akan datang lebih baik daripada hari ini. Itulah satu motivasi yang begitu hebat yang boleh memacu seseorang kearah lebih cemerlang dan gemilang.

Alhamdulillah, sekarang aku selamat sampai disalah satu negara yang mempunyai nilai matawang tertinggi di dunia iaitu Kuwait. Asalnya, hanya transit 6jam sahaja di Lapangan Terbang Kuwait daripada Jordan ke KLIA. Tetapi atas faktor-faktor tertentu transit kali ini telah bertukar daripada 6jam hingga kepada lebih sehari. Pada masa ni pihak penerbangan masih lagi tidak memaklumkan kepadaku bila waktu sebenar untuk berlepas ke KLIA. Kesabaranlah yang memainkan peranan penting.

Ujian di Lapangan Terbang Queen Alia Jordan ( 3.30 pm )

Kembara seorang diri memang banyak kenangan dan pengalaman. Semua perlu berdikari dan kena atasi seorang diri. Kepada sesiapa yang ingin pulang ke tanah air selepas ini, harap dapat mengambil berat berkenaan timbangan kargo yang dibenarkan kerana aku telah merasanya semalam.

Lebihan beg timbanganku adalah 10kg, dan pihak syarikat menyuruhku membayarnya sebayak JD 221.000 jika hendak dikargokan sekali. Tidak kira pekerja atau pelajar, jika hendak barang-barang itu dikargokan haruslah membayar setiap lebihan muatan. Kalu tidak mahu bayar, aku kena meninggalkan sedikit barang yang terlebih timbangan tersebut..

Apa pun terima kasih dan alfu syukr wa jazakallah kher diucapkan kepada amir dan syakir dan eid al-urduni kerana sanggup membantu. Tanpa kalian sudah pasti barang yang nak disingkirkan sebanyak 10kg akan dibiarkan di lapangan terbang sahaja dan mungkin dibagi kepada pekerja arab. Mustahil, aku akan membayar wang dengan jumlah yang banyak itu. Jadi barang-barang lebihan itu terpaksa di bawa balik ke Mu`tah. Maaf kepada mereka yang mengirimnya.

Setelah semua urusan selesai. Tepat pukul 4.00pm aku berlepas ke Kuwait dan tiba di Kuwait pukul 6.00pm. Transit yang untuk kali kedua di Kuwait. Setelah hampir 6 jam menunggu untuk menaiki penerbangan seterusnya ke KLIA, petugas Kuwait Airliness memaklumkan kepadaku, yang aku kena bermalam di Kuwait. Sekali lagi ujian yang perlu dihadapi dengan tabah.

Kepenatan menunggu semakin bertambah. Tetapi mujurlah bersamaku pada masa ini ada sekumpulan pelajar perubatan di Iskandariyah, Mesir yang turut menghadapi perkara yang sama. Jadi adalah juga peneman buat seketika.

Alhamdulillah. Ala kulli hal, mungkin semua ini ada hikmah bagiku. Sekurang-kurangnya aku dapat kenal dan masuk ke negara Kuwait dan diberi penginapan percuma di Four Points Sheraton Hotel. Memang satu pengalaman baru yang sentiasa dicari-carikan. Cuma sedikit kurang selesa keadaan di Kuwait ketika ini terlalu panas mencecah 45`c dan berangin panas. Bagiku semua itu lumrah kehidupan. Memang berbeza dengan kepanasan di Jordan dan Syria.

Khutbah Jumaat berhampiran Sheraton Hotel

Alhamdulillah sekali lagi dan sentiasalah kita kena mengingatiNya dan memujiNya. Aku sempat solat jumaat di salah satu masjid yang berhampiran dengan hotel. Khutbah disini mujurlah dalam bahasa arab fushah .

Terujanya di sini, ada salah satu masjid khutbahnya adalah dalam bahasa Urdu walaupun Kuwait adalah negara Arab. Sebagaimana dikhabarkan kepadaku oleh pegawai hotel. Memang tidak pernah lagi aku menjumpainya kecuali di Masjid India.

Perkara ajaib pada pandanganku

Salah satu yang ajaib lagi. Agak susah untuk berjumpa dengan penduduk Arab Kuwait dan ingin berborak dalam bahasa Arab di sini kerana keadaan macam tidak mengizinkan. Mungkin masyarakat arab pada musim panas ni lebih suka berada di rumah agaknya. Aku merasakan aku bukan berada di Tanah Arab. Tetapi di negara yang terlalu asing dari masyarakat Arab.

Cukuplah dahulu cerita dari Kuwait. Tengah menunggu pemberitahuan waktu penerbangan ke KLIA. Doakan aku selamat sampai tanah air dan sempat jumpa kedua ibubapaku sebelum mereka berangkat ke tanah suci 2hb Ogos nanti



Bendera Kuwait

Try agak taman macam ni dan wanita memakai sari selalunya di negara mana?


syabab-syabab kuwait...di mana kamu..ke dah bertukar rupa..

iklan dalam bahasa Arab tetapi...yang ada perhentian siapa ye?

Thursday, July 29, 2010

Doakan Kepulanganku

Esok dalam sejarah. Terdetik rasa kesedihan untuk meninggalkan tanah syam buat kali pertama setelah setahun setengah merantau di bumi penuh barakah ini. Sudah pasti akan aku merindui tanah ini dan penghuninya dengan meninggalkannya selama 2 bulan lebih. Tanah Syam yang telah kulalui ( bumi Syria dan Jordan ) sudah pasti kenangan selama setahun setengah bersama mu akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupku. Semoga berkat para sahabat Rasulullah s.a.w dan para aulia akan terus terlekat pada diri yang serba kekurangan ini.

Dahulu datang berempat, tetapi kali ini aku berseorangan pulang ke tanah air. Tetapi aku tidak kisah pada semua itu, kerana jalan ini telah kupilih. Hidup mesti diteruskan dan misi perlu dicapai. Maaf kepada sahabat-sahabat lain kerana jalan ini telah ku pilih. Walau apa pun hidup perlu diteruskan.

Bersama kamu semua ( buat sahabat-sahabat seJordan ), aku dapat mengenal yang mana betul-betul sahabat yang memahami dan mana yang hanya berkepentingan sesuatu. Yang pasti persahabatan ini haruslah didahului dengan menjangkaui sempadan fikrah dan haruslah ada pengorbanan selagi mana tidak melanggar syarak. Di situlah akan bertemunya kemanisan dan nikmatnya bersaudara.

Jika aku terpesong maka nasihati dan tegurlah diri ini yang memang serba kekurangan.

Pengalaman pada cuti saifi kali ini memang terlalu manis bagiku. Rehlah Ilmi ke Syria selama sebulan lebih terlalu banyak memberi pengajaran dan erti hidup yang sebenar. Aku terlalu jauh berbanding mereka-mereka di sana jika dibandingkan juhud dalam mencari ilmu. Aku memang iri hati dengan kamu semua yang berada di sana. Yang pasti, terima kasih yang tidak terhingga kepada Fathulrahman, Turmizi, Abdul Rahman, Khairul Nikmat, Halimie, Hassan, Tarmizi, Mamat, Mujahid, Abdullah Nasib kerana telah banyak menyusahkan kalian semua.

Tidak lupa kepada ahli bayt Malizi, Alfu Syukr.

Ada rezeki, InsyaAllah akan ku tuliskan cerita-ceritaku semasa rehlah Ilmi di Syria. Semoga diberi kekuatan

Semoga kepulanganku kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan lupa doakan diri ini. Seribu kemaafan dipinta jika ada kesalahan yang telah dilakukan samada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Semoga Allah merahmati kalian semua.

SEMOGA KETENANGAN AKAN KITA KECAPI

Tuesday, July 27, 2010

Izinkanku Terus Menulis

Hampir setahun setengah aku berada di perantauan menjadi seorang yang dagang. Dagang yang akan sentiasa dagang dan mengharapkan tidak akan berakhir sifat dagang ini. Dua bulan lepas aku nekad tidak mahu menulis sebarang bentuk artikel ataupun jurnal kehidupan mahupun catatan harian, tetapi atas faktor-faktor tertentu aku merasakan aku sudah tersalah memilih jalan.

Barulah sekarang aku sedar dari lamunan itu, segala-galanya akan bermula dengan tulisan. Hanya dengan tulisan segala-galanya akan berubah. Hanya dengan tulisan, jatuh bangun sebuah negara. Hanya dengan tulisan masyarakat akan berubah. Aku ingin ke arah itu walaupun aku masih lagi mentah. Doakan aku.

Biarlah tulisan ini tidak seberapa, namun mungkin ia dapat melatih aku untuk bertatih kembali menaikkan semangatku menceburkan diri dalam bidang penulisan. Tidak dapat tidak, kita perlu buat apa yang kita suka, baru dunia itu menjadi milik kita. Tetapi, dengan syarat haruslah Allah dan rasulnya menjadi panduan.

InsyaAllah, kali ini adalah muqaddimah penulisanku untuk hayat yang baru. Terima kasih kepadamu kerana telah mengejutkan aku dari dunia khayalan yang sementara. Akan ku kejar hayat yang hakiki yang sentiasa mempunyai keadilan yang telus di situ. Permudahkan Ya Allah. Amenn Ya Rabb.

BUAT APA YANG KITA SUKA, BARU TENANG DAN GEMBIRA TETAPI DENGAN SYARAT HARUSLAH ALLAH DAN RASULNYA MENJADI PANDUAN.