Thursday, February 24, 2011

Banggakah Anda Dengan Keislaman Anda???


Apa Khabar Iman??

Aku jamin tidak ramai yang mengetahui apa itu hakikat Islam? apa itu hakikat iman? dan Apa itu hakikat ehsan. Ramai diantara kita masih lagi berada ditakuk yang lama. Masih berada dan bersandarkan pembelajaran akidah di sekolah rendah. Beruntunglah mereka-mereka yang berusaha menambahkan kefahaman tentang ajaran Islam. Mereka telah buktikan yang kefahaman mereka lebih baik dari kefahaman ketika mereka kanak-kanak jika mereka berusaha kea rah itu.

Perkara yang menyedihkan.

Jika persoalan ini tidak begitu difahami di kalangan orang awam. Kita masih lagi boleh bertolak ansur dan bertasamuh. Tetapi agak menyedihkan, masih ada segelintir dikalangan pelajar bidang agama sendiri masih tidak mengetahui hakikat persoalan yang dilontarkan itu sebenarnya. Bahkan mereka masih lagi dalam keadaan bingung untuk menjelaskan tentang persoalan Islam, Iman dan Ehsan.

Masa mula-mula lahir.

Keluar saja dari perut ibu kita, secara automatik kita telah mendapat gelaran seorang Islam dan kita mampu mendapat keistimewaan sebagai seorang Islam. Tetapi, hinanya kita, kita tidak dapat mengetahui hakikat Islam itu sendiri selepas meningkat dewasa.

Bila dah besar.

Ramai yang kita lihat mereka-mereka yang melaung-laungkan Islam hanya untuk orang Islam sahaja dan ada menggunakan nama suci Islam hanya untuk kepentingan nafsu semata-mata. Tetapi mereka masih lupa Islam ini adalah untuk semua. Dengan perbuatan mereka, ramai masyarakat memandang serong terhadap ketulenan Islam itu sendiri.

Sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

Lupakah kita? adab-adab bermuamat dengan orang bukan Islam yang telah di ajar oleh nabi kita sewaktu hayat baginda masih ada lagi. Baginda begitu menghormati orang lain walaupun berlainan agama. Sehinga diceritakan, ada antara orang-orang bukan Islam sanggup menganuti agama Islam disebabkan tertarik dengan sifat dan budi pekerti Rasulullah s.a.w. Semuanya menjelaskan kepada kita bahawa Islam yang tulen itu begitu indah sebenarnya.

Amaran buat aku sendiri.

Janganlah kita bangga kita sebagai seorang Islam, dan kita bangga dengan ibadat haji yang telah kita lakukan, dan kita bangga dengan ibadat zakat dan sedekah yang kita keluarkan dan kita bangga kita mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan lain-lain andaikata roh Islam itu masih lagi belum bangkit dalam sanubari kita. Kita bukanlah nak menjadi seorang Islam yang semata-mata ada tertulis Islam di kad pengenalan. Tetapi kita ingin menjadi seorang Islam yang jelas matlamatnya ialah kerana Allah.

Hadaf dan matlamat kita.

Kita ingin menjadi seorang Islam sepertimana Islamnya para sahabat, sepertimana Islamnya para tabien, dan sepertimana Islamnya para tabie dan tabien.

Sebagaimana hadis nabi berbunyi :

قال رسول اللّه صلى الله عليه وسلم خير النّاس قرني ثمّ الّذين يلونهم ثمّ الّذين يلونهم ثمّ الّذين يلونهم

Maksudnya telah berkata Rasulullah s.a.w “sebaik-baik manusia adalah mereka yang berada di kurun aku, dan selepas kurun aku (masa sahabat) dan selepas kurun itu ( masa tabien ) dan selepas kurun itu (masa para tabie dan tabien)”

Itulah tahap yang perlu kita sama-sama capai untuk mendapat keredaaNya. Walaupun tidak mampu untuk bersama-sama dengan mereka, tetapi kita mampu untuk berusaha kearah piawaian mereka.

Suka di sini aku membawa satu hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w yang begitu masyhur dikalangan mereka-mereka yang ingin mengatahui tentang hakikat Islam, Iman dan Ehsan.

Maksudnya . “Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian”.(Riwayat Muslim)

Semoga kalian semua berbahagia dan berbangga dengan keIslaman kalian.

To Be Millionaire


Versi Bahasa Melayu

Pengurusan keewangan amatlah penting dalam kehidupan seharian. Andaikata kamu boros dan tidak pandai berjimat cermat dalam merencanakan perbelanjaan harian. Alamatnya, janganlah diimpikan untuk menjadi jutawan suatu hari nanti. Kata-kata ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang bercita-cita nak jadikan dunia ini sebagai infinity.

Dalam kata lain “dunia dalam genggaman saja”. Itulah petua yang aku tabirkan dalam hidup aku sendiri dan ingin dikongsikan bersama.

Mungkin ramai beranggapan cukuplah dengan kerja makan gaji. Confirm duit sentiasa masuk tiap-tiap bulan. Nak buat loan rumah pun senang. Itu memang benar, aku tidak nafikan. Tapi yang kita mahukan adalah infinity. Semua yang terlintas di fikiran,kita akan mampu menggapainya. Miskinlah bagi sesiapa tidak bercita-cita untuk menjadi millionaire.

Yang lebih syadid lagi. Ada yang kata “buat apa nak kaya raya, nanti susah nak masuk syurga dengan hintungan harta yang terlalu banyak.” Pastu ada yang mengatakan “cukuplah dengan apa yang Allah bagi ni. Semua anak beranak aku dah cukup makan.”

Lupakah kita pada kisah Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat nabi s.a.w merupakan hartawan ketika di Mekah. Tetapi beliau sanggup meninggalkan seluruh hartanya ketika beliau hijrah ke Madinah demi menyelamatkan Deen. Bila di Madinah beliau menjadi seperti orang kebiasaan, tetapi dengan azam yang tinggi bermulakan dengan modal yang kecil beliau telah mampu menguasai ekonomi di Madinah dimana sebelum itu Yahudi yang menguasai ekonomi di sana.

Jadi jawapan aku senang saja “aku nak kaya sebab nak tolong agama Islam dan orang Islam.” Andaikata ditanya tentang persoalan itu. Itulah jawapannya.

Bila dah jadi jutawan, senang nak bagi tajaan kepada pelajar-pelajar agama yang ingin menjadi Dr Qardhawi Malaysia, menjadi Syeikh Ramadha al-Buti dan sebagainya. Tidak perlu mereka menebal muka dengan menyiapkan kertas kerja untuk mencari sumbangan dengan pihak-pihak tertentu. Tetapi kami-kami yang telah jutawan ini akan mencari mereka. Ingat tu kepada bakal-bakal jutawan.

Kalau nak mengharapkan duit JPA atau duit kerajaan untuk biasiswa sambung belajar luar negara dalam bidang agama. Aku rasa, kena tunggu kucing berkaki lima la jawabnya mereka tu. Kalau bidang professional diagung-agungkan, tetapi bidang agama ni macam di anak tirikan. Syukurlah, mereka masih dapat bantuan zakat walaupun RM2500 untuk setahun. Berbanding para-para professional RM2500 untuk sebulan syeikh.

Nak kembangkan dakwah pun senang bila dah jadi jutawan. Boleh buat sekolah, pusat rawatan, pusat kegiatan remaja dan macam-macam lagi. Tidak perlu terikat dengan mana-mana orang bila dah ada kesemua yang kita ada. Sekali petik, insyaAllah..datuk-datuk dan datin-datin yang tak pernah sembahyang teraweh akan ikut teraweh sekali dengan kita.

Yang penting walau macam mana pun kita, dakwah kena sentiasa bergerak. Tidak kira bagi yang kaya atau miskin. Bagi yang berjemaah atau berseorangan. Dakwah kena sentiasa bergerak. Jangan pulak berbalah disebabkan dakwah. Kalu jadi macam tu, rasa-rasanya dah salah konsep tu. Sama-sama kita muhasabah balik.

Apa-apa pun kita hendak sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah kita kecapi.

Setakat nilah, tulisan kosong ni. Kalau rasa ada kebaikan ambilah buat pengajaran. Kalu takde. Buat-buat tak tahu la hendaknya. : )

(Ya Allah, Ya Tuhanku kurniakanlah aku kekayaan di dunia lebih-lebih lagi kekayaan yang hakiki di akhirat nanti. Janganlah jadikan aku termasuk dalam golongan mereka-mereka yang rugi.)

p/s : ada sape2 nk tolong aku jadi jutawan x?

Wednesday, February 23, 2011

Terima Kasih Buat Murabbiku

Cerita Dahulu.

Tanpa kerja keras mereka aku tidak mampu untuk mengira, menulis dan membaca seperti aku hari ini. Bermula dari peringkat rendah sehinggalah peringkat tertinggi tidak dapat tidak kita memerlukan seorang pembimbing, pendidik, pengajar serta seorang murabbi yang ingin melihat kita berjaya. Walaupun mereka mendapat gaji dan elaun daripada pihak tertentu, tetapi itu tidak memadai dengan segala jasa yang mereka curahkan pada kita semua. Terima kasih guru-guruku semua.

Walaupun hari ini bukan hari guru iaitu pada tanggal 16 Mei bagi setiap tahun. Aku tetap ingin mengabadikan mereka dalam ingatanku buat selama-lamanya. Maafkan aku jika ada melakukan kepada kalian semua.

Keberkatan ilmu dari kalian memang aku tagihkan..

Situasi hari ini

Terima kasih sekali lagi kepada Dr Mustafa Abu Zaid. Walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau disebabkan fikrah beliau dan ketegasan beliau dalam pemarkahan kertas ujian. Tetapi aku tetap meminatinya. Bagi aku, markah dalam ujian tidak penting, asalkan bunga-bunga ilmu yang diajarkan hadam disanubari setiap kita. Belajar molek insyaAllah markah akan molek.

Hari ini beliau menyedarkan aku sekali lagi akan kepentingan menjadi seorang penuntut ilmu.

Bila ditanya kepada kami apa mazhab kamu anuti? Lantas ramai yang menjawab kami bermazhab Syafie termasuk aku sendiri. Kemudian ditanya tentang apa mazhab akidah kamu? Ada menjawab saya Asyirah dan ada menjawab aku Salafi ( dalam hati aku ).

Selepas itu Doktor timbulkan persoalan lain lagi, kamu seorang bermazhab syafie dan Imam Syafie adalah berakidah Salaful Soleh. Maka sepatutnya kamu kena bermazhab akidah salaful soleh juga. Jadi, Kenapa kamu tidak mengikut atau tidak bersama Imam Syafie dalam masalah akidah.

Ibarat sekarang kamu ambil separuh dan kamu tinggal separuh.

Ramai yang terkesima selepas persoalan itu dilontarkan oleh Doktor termasuk aku sekali. Selepas itu Doktor meneruskan pengajian seperti biasa dengan meninggalkan persolan kepada semua pelajarnya.

Kesimpulan dari aku sendiri. Kita mesti belajar dan belajar sehingga akhir hayat. Walaupun kita sudah berada di peringkat tertinggi dalam bidang kita. Tetapi kita tetap masih lagi kosong. Jika timbul dalam hati seseorang mengatakan aku sudah berpuas hati dengan ilmu yang aku pelajari dan akulah yang paling alim dari kalangan pelajar-pelajar lain. Maka berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan.

Marilah sama-sama kita mencari jawapan kepada persoalan yang ditinggalkan oleh Doktor tadi.

Doakanlah buat saudara-saudar seakidah kita yang berada dalam kesempitan di Tanah Arab sekarang. Semoga Allah memberi kesabaran kepada mereka di sana. Moga-moga kerajaan Thaghut akan jatuh Islam akan terus bersinar.

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Menjadi Tetamu Allah

KLIA departures to Amman

Sudah hampir setahun setengah Ramadhan 2009 telah berlalu. Lambaian Ka`bah dan ketenangan Masjid Nabawi masih lagi berayun-ayun diingatan. Kehangatan bahang angin panas masih lagi terasa dan dikenang.

Aku tujukan khas salam ini kepada Abah, Ma, Abang Lan, Abang Me, Abang Lah serta rombongan Andalusia Travel Haji dan Umrah semoga ibadat umrah diterima oleh Allah. Semoga diberi kesihatan dan penjagaan dari Allah s.w.t sepanjang musafir ketanah haram.

Jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, niat dihati untuk membawa abah dan ma dan kesemua adik beradik untuk bersama-sama menunaikan ibadat umrah suatu hari nanti. Semoga impian aku dan cita-cita ini tercapai. Doakan semua.

"Jadikanlah Kitab Sebagai Senjata Kamu di Medan Peperangan"

Friday, February 18, 2011

Erti Sebuah Kehidupan

cita-cita aku nak jadi macam orang atas kuda putih

Sedikit coretan dan perkongsian tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau telah mati. Segala pujian-pujian hanya bagi Allah, sekarang sudah masuk sem baru, tahun baru, azam baru dan prinsip baru hendaknya. Banyak perkara telah berlaku dalam hidup aku sejak dua menjak ni. Semuanya berlaku dengan pantas. Ada yang berbentuk ujian dengan kesusahan dan ada yang berbentuk ujian dengan kesenangan. Semoga Allah ampunkan segala salah silap yang telah aku dan kita semua lakukan di masa lampau.

Betullah kata orang, nak mengenal diri seseorang kita kena bersama dan bergaul dengan mereka. Macam-macam kita boleh tahu apa pandangan mereka terhadap kita. Adakalanya mereka akan bersama dengan kita bila mereka memikirkan kita sesuatu yang berharga buat mereka, dan adakalanya bila madu sudah habis dijamah, kita dibuang keseorangan menjadi seorang yang bingung.

Itulah sebuah kehidupan, tidak dapat tidak kita terpaksa melaluinya dan semestinya kena merasainya sendiri. Tetapi walau apa pun berlaku, kita tidak boleh mengharapkan pembalasan dari mereka atas kebaikan yang kita lakukan, dan kita tidak boleh mempunyai perasaan yang buruk terhadap mereka dengan keburukan yang mereka lakukan terhadap kita. Cukuplah kita berpaut dan bergantung dengan Allah s.w.t. Cukuplah Allah menjadi peneman kita di mana-mana kita berada.

Bersahabatlah kamu sebanyak-banyaknya dan jangan sesekali mencari musuh walaupun satu. Semoga kalam ini sentiasa menjadi asas kepada kita untuk berukhwah. Sesungguhnya kita semua bersaudara. Asal usul kita dari yang satu, tuhan kita tuhan yang satu, agama kita agama yang satu, kitab kita kitab yang satu, kiblat kita kiblat yang satu. Jadi, walau apa pun kekurangan yang kita ada, marilah kita sama lengkap melengkapinya.

Sesungguhnya, bangunan yang tegak berdiri tidak akan terbina dengan asas-asas binaan yang kukuh.

Tuesday, February 8, 2011

Sebuah Pengalaman Seribu Pengajaran

Akhirnya mimpi menjadi kenyataan.

Syukur pada Allah s.w.t, akhirnya aku berjaya jejakkan kaki ke bumi pusat pemerintahan khalifah uthmani Istanbul, berjaya melihat kesan-kesan Islam yang masih lagi utuh walaupun sudah beratus-ratus tahun dimamah usia. Demi Allah, kota itu masih lagi menjadi tanda aras kepada Islam di eropah. Selagi mana laungan azan kedengaran di kota itu Islam pasti akan terdaulat dari timur hingga ke barat eropah.

InsyaAllah. Ada masa nanti akan aku kongsikan bersama-sama pengalaman kembara kali ini.

Masjid Banya Bashi tetap dalam ingatan. Sofia akan dibuka.