Wednesday, June 10, 2009

Damshiq Bakal Ditakluki..

peta syria


Akhirnya mimpiku, perancanganku, percaturanku yang lepas bakal menjadi kenyataan pada hari ini apabila bakal menjadi tetamu bumi Dimashq. Memang sebelum aku khirij dari Darul Quran aku telah memasang niat untuk sambung belajar di sana. Tidak ada dalam kamus hidup ini untuk sambung belajar di bumi Jordan terutamanya di Mu`tah, hanya di hati ketika itu hanyalah di Madinah atau Syria.

Tetapi segala perancangan yang kita lakukan Allah s.w.t yang tentukan dan akhirnya aku telah di campak ke bumi Mu`tah untuk mencari khazanah-khazanah ilmu yang lebih berharga dari butir-butiran emas dan perak di sini. Ribuan kemaafan kepada sahabatku Hamzah kerana tidak dapat pergi belajar Syria bersama pada tahun 2008 dan banyak menyusahkan kamu. Tetapi jodoh kita masih panjang kerana diketemukan kembali di bumi Mu`tah Jordan.

Pada hari ini, insyaAllah jika diizinkan oleh Allah s.w.t aku dan sahabat-sahabat yang lain bakal menjadi pengembara di bumi Syria untuk beberapa hari. Walaupun ziarah aku bukan seperti mana niat ketika aku di Darul Quran, tetapi ia mungkin agak bermakna bagiku kali ini. Tujuanku adalah satu sebagaimana maksud firman Allah s.w.t bertebaranlah kamu di muka bumi ini dan lihatlah akibat pendustaan oleh orang-orang terdahulu.

Kuharapkan ziarah dan jaulah aku kali ini mendapat keredaanNya serta dapat mengukuhkan tali persahabatan dengan ikhwah-ikhwah di Bumi Syria. Doakan kami selamat sampai di sana….



No comments: