Showing posts with label asam garam. Show all posts
Showing posts with label asam garam. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Kembali KepadaNya




Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurniaan nikmat hidup dan nikmat Islam yang masih lagi aku kecapi.

Semalam aku mendapat satu berita yang begitu mengejutkan dan menyedarkan hati aku yang selama ini masih lagi lalai dengan perkara-perkara duniawi.

Hanya ucapan  “ إنا لله وإنا إليه راجعون ” terungkap ketika itu, setelah mendapat berita tentang kematian seorang Ikhwah yang belajar di Universiti Islam Madinah tahun pertama dan juga merupakan junior jurusan Diploma Darul Quran JAKIM serta merupakan salah seorang penggerak dalam arena dakwah.

Allayarham ialah saudara Muhammad Noraizuddin bin Nordin AlHafiz, dipanggil dengan nama Izuddin ataupun Nash. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan bersama-sama para sahabat dan para syuhada.

Walaupun, aku tidak lama bersama Allahyarham Nash, tetapi kali terakhir berjumpa denganya ketika Majlis berbuka puasa di Surau Bustanul , Kuala Lumpur pada tahun lepas. Aku dapat merasakan Allahyarham adalah seorang yang baik hati, peramah, dan seorang happy go lucky, serta seorang yang setiakawan. Aku begitu senang dengan sikap Allahyarham.

Aku mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nash dan seluruh sahabat karib Allahyarham serta mereka yang mengenali Allahyarham.

Semoga Roh Allahyarham tenang di sana. Ingatlah kematian tidak mengenal tempat dan masa. Mahu atau tidak kita tetap akan mengikut jejal langkah Allahyarham.

Aku mengharapkan kepada seluruh warga DQ ataupun ex- DQ boleh bersama-sama menyedekahkan bacaan Al-Quran untuk Allahyarham Nash.


Buat kita yang masih lagi diberi peluang untuk hidup.
Ingatlah, dimana-mana saja kita mungkin akan mati.
Cuma, cepat atau lambat.
Adakah kita telah bersedia untuk berdepan dengan Yang Maha Esa.?
Adakah cukup istighfar dan taubat kita kepadaNYa.?
Adakah cukup amalan kita?
Sama-samalah kita bermuhasabah diri.
Untuk persediaan di Hari Kelak

Monday, April 4, 2011

Hebatnya Perancangan Allah


Kenangan Piala Duta 2011

Buat SBB

Akhirnya, pasukan bola Mu`tah masih lagi mengekalkan kejuaraan buat kali ke 6 berturut-turut dalam KARISMA 2011. Sebelum terlambat, dengan kehangatan kejuaraan masih lagi terasa aku ucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain-pemain SBB dan para penyokong tegar yang telah mencurah segala tenaga dan wang ringgit untuk mengekalkan kejuaraan kali ini dan mengekalkan Piala Duta berada di Mu`tah.

Piala Duta kali ini begitu bermakna buatku, bukan kejuaraan yang aku fokuskan di sini. Tetapi semangat kesepaduan dan bertolak ansur yang telah ditonjolkan oleh pemain-pemain pasukan SBB dan para penyokong membuat aku terharu. Walaupun berlainan latar belakang dan asal usul, tetapi atas nama satu pasukan mereka dapat bersatu dan mengharungi segala cabaran.

Jika dahulu, kita dikritik dan ditegur atas masalah sikap para pemain dan penyokong. Tetapi, kali ini, kita mampu buktikan yang kita mampu untuk melakukan perubahan. Dan Alhamdulillah, akhirnya segala kritikan dan kata-kata kurang sedap didengari sudah senyap membisu. Syabas dan tahniah sekali lagi buat kita semua.

Semoga, untuk kejohanan akan datang, aku mengharapkan kita dapat mengekalkan kejuaraan dan dapat mengekalkan sikap dan moral yang telah kita tonjolkan pada kejohanan kali ini. Ingatlah, dengan bola sepak, kita boleh bersatu dan kita boleh bersama.

Sejelas-jelasnya dan sebenar-benarnya, setiap kali kita lakukan muhasabah dalam menilai setiap permainan merupakan suatu perkara yang begitu mengujakan aku sendiri. Ia begitu bernilai dan tiada tandingan pada harganya. Tautan dari hati ke hati membawa seribu satu kenangan dan kejayaan. Aku mengharapkan ia menjadi satu tradisi buat SBB, dan hendaklah dipraktikkan dalam setiap perkara kerana di akhirnya terselit sebuah kemanisan yang tidak mampu diungkapkan.

Jangan dengar mulut orang, tetapi dengarlah kata hati.

Syabas Semua.

Kembali menulis…… :)


Wednesday, February 23, 2011

Terima Kasih Buat Murabbiku

Cerita Dahulu.

Tanpa kerja keras mereka aku tidak mampu untuk mengira, menulis dan membaca seperti aku hari ini. Bermula dari peringkat rendah sehinggalah peringkat tertinggi tidak dapat tidak kita memerlukan seorang pembimbing, pendidik, pengajar serta seorang murabbi yang ingin melihat kita berjaya. Walaupun mereka mendapat gaji dan elaun daripada pihak tertentu, tetapi itu tidak memadai dengan segala jasa yang mereka curahkan pada kita semua. Terima kasih guru-guruku semua.

Walaupun hari ini bukan hari guru iaitu pada tanggal 16 Mei bagi setiap tahun. Aku tetap ingin mengabadikan mereka dalam ingatanku buat selama-lamanya. Maafkan aku jika ada melakukan kepada kalian semua.

Keberkatan ilmu dari kalian memang aku tagihkan..

Situasi hari ini

Terima kasih sekali lagi kepada Dr Mustafa Abu Zaid. Walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau disebabkan fikrah beliau dan ketegasan beliau dalam pemarkahan kertas ujian. Tetapi aku tetap meminatinya. Bagi aku, markah dalam ujian tidak penting, asalkan bunga-bunga ilmu yang diajarkan hadam disanubari setiap kita. Belajar molek insyaAllah markah akan molek.

Hari ini beliau menyedarkan aku sekali lagi akan kepentingan menjadi seorang penuntut ilmu.

Bila ditanya kepada kami apa mazhab kamu anuti? Lantas ramai yang menjawab kami bermazhab Syafie termasuk aku sendiri. Kemudian ditanya tentang apa mazhab akidah kamu? Ada menjawab saya Asyirah dan ada menjawab aku Salafi ( dalam hati aku ).

Selepas itu Doktor timbulkan persoalan lain lagi, kamu seorang bermazhab syafie dan Imam Syafie adalah berakidah Salaful Soleh. Maka sepatutnya kamu kena bermazhab akidah salaful soleh juga. Jadi, Kenapa kamu tidak mengikut atau tidak bersama Imam Syafie dalam masalah akidah.

Ibarat sekarang kamu ambil separuh dan kamu tinggal separuh.

Ramai yang terkesima selepas persoalan itu dilontarkan oleh Doktor termasuk aku sekali. Selepas itu Doktor meneruskan pengajian seperti biasa dengan meninggalkan persolan kepada semua pelajarnya.

Kesimpulan dari aku sendiri. Kita mesti belajar dan belajar sehingga akhir hayat. Walaupun kita sudah berada di peringkat tertinggi dalam bidang kita. Tetapi kita tetap masih lagi kosong. Jika timbul dalam hati seseorang mengatakan aku sudah berpuas hati dengan ilmu yang aku pelajari dan akulah yang paling alim dari kalangan pelajar-pelajar lain. Maka berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan.

Marilah sama-sama kita mencari jawapan kepada persoalan yang ditinggalkan oleh Doktor tadi.

Doakanlah buat saudara-saudar seakidah kita yang berada dalam kesempitan di Tanah Arab sekarang. Semoga Allah memberi kesabaran kepada mereka di sana. Moga-moga kerajaan Thaghut akan jatuh Islam akan terus bersinar.

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Menjadi Tetamu Allah

KLIA departures to Amman

Sudah hampir setahun setengah Ramadhan 2009 telah berlalu. Lambaian Ka`bah dan ketenangan Masjid Nabawi masih lagi berayun-ayun diingatan. Kehangatan bahang angin panas masih lagi terasa dan dikenang.

Aku tujukan khas salam ini kepada Abah, Ma, Abang Lan, Abang Me, Abang Lah serta rombongan Andalusia Travel Haji dan Umrah semoga ibadat umrah diterima oleh Allah. Semoga diberi kesihatan dan penjagaan dari Allah s.w.t sepanjang musafir ketanah haram.

Jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, niat dihati untuk membawa abah dan ma dan kesemua adik beradik untuk bersama-sama menunaikan ibadat umrah suatu hari nanti. Semoga impian aku dan cita-cita ini tercapai. Doakan semua.

"Jadikanlah Kitab Sebagai Senjata Kamu di Medan Peperangan"

Friday, February 18, 2011

Erti Sebuah Kehidupan

cita-cita aku nak jadi macam orang atas kuda putih

Sedikit coretan dan perkongsian tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau telah mati. Segala pujian-pujian hanya bagi Allah, sekarang sudah masuk sem baru, tahun baru, azam baru dan prinsip baru hendaknya. Banyak perkara telah berlaku dalam hidup aku sejak dua menjak ni. Semuanya berlaku dengan pantas. Ada yang berbentuk ujian dengan kesusahan dan ada yang berbentuk ujian dengan kesenangan. Semoga Allah ampunkan segala salah silap yang telah aku dan kita semua lakukan di masa lampau.

Betullah kata orang, nak mengenal diri seseorang kita kena bersama dan bergaul dengan mereka. Macam-macam kita boleh tahu apa pandangan mereka terhadap kita. Adakalanya mereka akan bersama dengan kita bila mereka memikirkan kita sesuatu yang berharga buat mereka, dan adakalanya bila madu sudah habis dijamah, kita dibuang keseorangan menjadi seorang yang bingung.

Itulah sebuah kehidupan, tidak dapat tidak kita terpaksa melaluinya dan semestinya kena merasainya sendiri. Tetapi walau apa pun berlaku, kita tidak boleh mengharapkan pembalasan dari mereka atas kebaikan yang kita lakukan, dan kita tidak boleh mempunyai perasaan yang buruk terhadap mereka dengan keburukan yang mereka lakukan terhadap kita. Cukuplah kita berpaut dan bergantung dengan Allah s.w.t. Cukuplah Allah menjadi peneman kita di mana-mana kita berada.

Bersahabatlah kamu sebanyak-banyaknya dan jangan sesekali mencari musuh walaupun satu. Semoga kalam ini sentiasa menjadi asas kepada kita untuk berukhwah. Sesungguhnya kita semua bersaudara. Asal usul kita dari yang satu, tuhan kita tuhan yang satu, agama kita agama yang satu, kitab kita kitab yang satu, kiblat kita kiblat yang satu. Jadi, walau apa pun kekurangan yang kita ada, marilah kita sama lengkap melengkapinya.

Sesungguhnya, bangunan yang tegak berdiri tidak akan terbina dengan asas-asas binaan yang kukuh.

Tuesday, February 8, 2011

Sebuah Pengalaman Seribu Pengajaran

Akhirnya mimpi menjadi kenyataan.

Syukur pada Allah s.w.t, akhirnya aku berjaya jejakkan kaki ke bumi pusat pemerintahan khalifah uthmani Istanbul, berjaya melihat kesan-kesan Islam yang masih lagi utuh walaupun sudah beratus-ratus tahun dimamah usia. Demi Allah, kota itu masih lagi menjadi tanda aras kepada Islam di eropah. Selagi mana laungan azan kedengaran di kota itu Islam pasti akan terdaulat dari timur hingga ke barat eropah.

InsyaAllah. Ada masa nanti akan aku kongsikan bersama-sama pengalaman kembara kali ini.

Masjid Banya Bashi tetap dalam ingatan. Sofia akan dibuka.


Sunday, December 26, 2010

Taksub dan Jahilnya mereka


Baru-baru ni, aku ditanya oleh seseorang berkenaan cara nak jawab persoalan yang dibangkitkan oleh orang-orang yang taksub dengan syiah.

Cuba baca dan hayati…kalu rasa nak jawab, silakan.

sy pnh bce blog awk

Yang dikatakan sahabat nabi ialah mereka yang tunduk patuh pada suruhan nabi tapi kalau mereka sudah menentang nabi dan tidak ikut apa yg nabi kata maka mereka bukan lagi sahabat nabi...lebih2 lagi selepas nabi wafat mereka banyak yang pandai2 cipta hukum2 sendiri seperti Abu Bakar, Umar dan Usman. Kamu kena banyak mengkaji sejarah ..jgn ikut taqlid buta saja.

Nabi suruh ikut ahlul baitnya..ini pun ada dalam quran. Ramai yg mengaku ikut juga ahlul-bait tapi x tahu pun sapa ahlul-bait itu.

Isteri2 nabi pun dalam sejarah yang terang2 selalu menyakiti Nabi macam Aisyah dan Habsyah...dua ekor yang x boleh pakai dan pandai2 juga buat banyak hadis2 palsu untuk kepentingan diri mereka sendiri yg menyokong bapak2 mereka.

Rajin2 baca...sekrng ni dah banyak buku2 ataupun kat Mesir sana pun dah ramai yg menjadi pencinta2 Ahlul Bait termasuk ulama2

Nilah persoalan yang mereka bangkitkan.

nk jwp cmne?

aku hanya ingin timbulkan persolan balik.

Siapakah yang buta sejarah.? Siapakah yang bertaklid buta? Tidak tahukah mereka, sahabat-sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasullah S.A.W?

Jahil dan Taksubnya mereka. Bukakanlah hati mereka Ya Allah.

Aku pecinta Rasullah S.A.W ahlul bayt nabi dan para sahabatnya..

Sunday, December 12, 2010

Kenangan Demi Kenangan : Umrah 2007

Alhamdulillah dan Syukurlillah atas nikmat ini.


Balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Saudi Arabia



Bergambar Kenangan sebelum Muqabalah UIM



Istareh


Alhamdulillah, jumpa jugak nasi kali ni.



dalam kenangan



Mat`am Yamani di Jeddah


Syukur kepada Allah



bersama teman-teman di Jabal Rahmah



Niat miqat di Ja`ranah

Selepas tawaf wida`

Ya Allah terimalah aku sebagai tetamuMu lagi.
Sesungguhnya Aku merindui kekasihMu
Sesungguhnya Aku merindui rumahMu.


Terima kasih buat abah dan ma kerana sponsor tiket mengerjakan umrah.
Mac 2007.

Sunday, November 14, 2010

Salam Aiduladha Buat Semua

Salam Aiduladha buat semua yang mengenali diri ini.
Aku masih lagi dalam dilema.
Semoga semua ini ada hikmah untuk hari yang bakal mendatang.
Banyak perkara yang ingin dikongsi tetapi masih belum ada kekuatan.
Tahniah kepada sahabatku Wan Saifuddin dan Isteri kerana telah dianugerahkan seorang cahaya mata.
Kepada yang mengenali diri ini, hadirkan aku dalam setiap doamu.

ان الفتي من يقولوا ها انا ذا
وليس الفتي من يقول هذا ابي

Friday, July 30, 2010

Ujian dan Dugaan


Kembara seorang yang dagang akan sentiasa mencari perkara-perkara baru dalam hidupnya untuk mengenal dengan lebih mendalam erti kehidupan yang sebenar. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari akan datang lebih baik daripada hari ini. Itulah satu motivasi yang begitu hebat yang boleh memacu seseorang kearah lebih cemerlang dan gemilang.

Alhamdulillah, sekarang aku selamat sampai disalah satu negara yang mempunyai nilai matawang tertinggi di dunia iaitu Kuwait. Asalnya, hanya transit 6jam sahaja di Lapangan Terbang Kuwait daripada Jordan ke KLIA. Tetapi atas faktor-faktor tertentu transit kali ini telah bertukar daripada 6jam hingga kepada lebih sehari. Pada masa ni pihak penerbangan masih lagi tidak memaklumkan kepadaku bila waktu sebenar untuk berlepas ke KLIA. Kesabaranlah yang memainkan peranan penting.

Ujian di Lapangan Terbang Queen Alia Jordan ( 3.30 pm )

Kembara seorang diri memang banyak kenangan dan pengalaman. Semua perlu berdikari dan kena atasi seorang diri. Kepada sesiapa yang ingin pulang ke tanah air selepas ini, harap dapat mengambil berat berkenaan timbangan kargo yang dibenarkan kerana aku telah merasanya semalam.

Lebihan beg timbanganku adalah 10kg, dan pihak syarikat menyuruhku membayarnya sebayak JD 221.000 jika hendak dikargokan sekali. Tidak kira pekerja atau pelajar, jika hendak barang-barang itu dikargokan haruslah membayar setiap lebihan muatan. Kalu tidak mahu bayar, aku kena meninggalkan sedikit barang yang terlebih timbangan tersebut..

Apa pun terima kasih dan alfu syukr wa jazakallah kher diucapkan kepada amir dan syakir dan eid al-urduni kerana sanggup membantu. Tanpa kalian sudah pasti barang yang nak disingkirkan sebanyak 10kg akan dibiarkan di lapangan terbang sahaja dan mungkin dibagi kepada pekerja arab. Mustahil, aku akan membayar wang dengan jumlah yang banyak itu. Jadi barang-barang lebihan itu terpaksa di bawa balik ke Mu`tah. Maaf kepada mereka yang mengirimnya.

Setelah semua urusan selesai. Tepat pukul 4.00pm aku berlepas ke Kuwait dan tiba di Kuwait pukul 6.00pm. Transit yang untuk kali kedua di Kuwait. Setelah hampir 6 jam menunggu untuk menaiki penerbangan seterusnya ke KLIA, petugas Kuwait Airliness memaklumkan kepadaku, yang aku kena bermalam di Kuwait. Sekali lagi ujian yang perlu dihadapi dengan tabah.

Kepenatan menunggu semakin bertambah. Tetapi mujurlah bersamaku pada masa ini ada sekumpulan pelajar perubatan di Iskandariyah, Mesir yang turut menghadapi perkara yang sama. Jadi adalah juga peneman buat seketika.

Alhamdulillah. Ala kulli hal, mungkin semua ini ada hikmah bagiku. Sekurang-kurangnya aku dapat kenal dan masuk ke negara Kuwait dan diberi penginapan percuma di Four Points Sheraton Hotel. Memang satu pengalaman baru yang sentiasa dicari-carikan. Cuma sedikit kurang selesa keadaan di Kuwait ketika ini terlalu panas mencecah 45`c dan berangin panas. Bagiku semua itu lumrah kehidupan. Memang berbeza dengan kepanasan di Jordan dan Syria.

Khutbah Jumaat berhampiran Sheraton Hotel

Alhamdulillah sekali lagi dan sentiasalah kita kena mengingatiNya dan memujiNya. Aku sempat solat jumaat di salah satu masjid yang berhampiran dengan hotel. Khutbah disini mujurlah dalam bahasa arab fushah .

Terujanya di sini, ada salah satu masjid khutbahnya adalah dalam bahasa Urdu walaupun Kuwait adalah negara Arab. Sebagaimana dikhabarkan kepadaku oleh pegawai hotel. Memang tidak pernah lagi aku menjumpainya kecuali di Masjid India.

Perkara ajaib pada pandanganku

Salah satu yang ajaib lagi. Agak susah untuk berjumpa dengan penduduk Arab Kuwait dan ingin berborak dalam bahasa Arab di sini kerana keadaan macam tidak mengizinkan. Mungkin masyarakat arab pada musim panas ni lebih suka berada di rumah agaknya. Aku merasakan aku bukan berada di Tanah Arab. Tetapi di negara yang terlalu asing dari masyarakat Arab.

Cukuplah dahulu cerita dari Kuwait. Tengah menunggu pemberitahuan waktu penerbangan ke KLIA. Doakan aku selamat sampai tanah air dan sempat jumpa kedua ibubapaku sebelum mereka berangkat ke tanah suci 2hb Ogos nanti



Bendera Kuwait

Try agak taman macam ni dan wanita memakai sari selalunya di negara mana?


syabab-syabab kuwait...di mana kamu..ke dah bertukar rupa..

iklan dalam bahasa Arab tetapi...yang ada perhentian siapa ye?

Thursday, July 29, 2010

Doakan Kepulanganku

Esok dalam sejarah. Terdetik rasa kesedihan untuk meninggalkan tanah syam buat kali pertama setelah setahun setengah merantau di bumi penuh barakah ini. Sudah pasti akan aku merindui tanah ini dan penghuninya dengan meninggalkannya selama 2 bulan lebih. Tanah Syam yang telah kulalui ( bumi Syria dan Jordan ) sudah pasti kenangan selama setahun setengah bersama mu akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupku. Semoga berkat para sahabat Rasulullah s.a.w dan para aulia akan terus terlekat pada diri yang serba kekurangan ini.

Dahulu datang berempat, tetapi kali ini aku berseorangan pulang ke tanah air. Tetapi aku tidak kisah pada semua itu, kerana jalan ini telah kupilih. Hidup mesti diteruskan dan misi perlu dicapai. Maaf kepada sahabat-sahabat lain kerana jalan ini telah ku pilih. Walau apa pun hidup perlu diteruskan.

Bersama kamu semua ( buat sahabat-sahabat seJordan ), aku dapat mengenal yang mana betul-betul sahabat yang memahami dan mana yang hanya berkepentingan sesuatu. Yang pasti persahabatan ini haruslah didahului dengan menjangkaui sempadan fikrah dan haruslah ada pengorbanan selagi mana tidak melanggar syarak. Di situlah akan bertemunya kemanisan dan nikmatnya bersaudara.

Jika aku terpesong maka nasihati dan tegurlah diri ini yang memang serba kekurangan.

Pengalaman pada cuti saifi kali ini memang terlalu manis bagiku. Rehlah Ilmi ke Syria selama sebulan lebih terlalu banyak memberi pengajaran dan erti hidup yang sebenar. Aku terlalu jauh berbanding mereka-mereka di sana jika dibandingkan juhud dalam mencari ilmu. Aku memang iri hati dengan kamu semua yang berada di sana. Yang pasti, terima kasih yang tidak terhingga kepada Fathulrahman, Turmizi, Abdul Rahman, Khairul Nikmat, Halimie, Hassan, Tarmizi, Mamat, Mujahid, Abdullah Nasib kerana telah banyak menyusahkan kalian semua.

Tidak lupa kepada ahli bayt Malizi, Alfu Syukr.

Ada rezeki, InsyaAllah akan ku tuliskan cerita-ceritaku semasa rehlah Ilmi di Syria. Semoga diberi kekuatan

Semoga kepulanganku kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Jangan lupa doakan diri ini. Seribu kemaafan dipinta jika ada kesalahan yang telah dilakukan samada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Semoga Allah merahmati kalian semua.

SEMOGA KETENANGAN AKAN KITA KECAPI

Tuesday, May 4, 2010

Juara Piala Duta KARISMA ( 2010 )

Biarlah aku membuat sedikit ulasan dan coretan walaupun hati masih lagi tidak 100% mengizinkan aku untuk menulis.Tahniah dan Syabas buat Kontijen Mu`tah ke Mafraq.

Kejohanan Sukan Penuntut Malaysia Sejordan kali ini membawa seribu satu cerita. Pahit manis perjalanan kejohanan ini hanya para peserta yang lebih mengetahuinya. Alhamdulillah, dengan berhempas pulas dan persediaan yang separa rapi SBB Mu`tah (The Brilliant Team) masih lagi dapat mengekalkan status Juara 5 kali berturut-turut dalam acara sukan bola sepak. Kali ini, sekali lagi, Team Irbid, Team Mafraq, dan The Dream Team of Amman terpaksa berputih mata untuk merampas kejuaraan. Tingkatkan lagi usaha anda untuk kejohanan akan datang.

Walaupun ada yang memberi komen negatif terhadap Team bola sepak dan para penyokong Mu`tah. Kami terima seadanya dan berlapang dada. Cuma kami ingin mengingatkan tanpa penyertaan kami kejohanan tidak akan bermakna. Jika tidak setuju dengan pendapat ini tidak mengapa. Biarlah atas padang kita bermusuh, tetapi jangan dibawa-bawa hingga ke luar padang. Tidak comel dipandang oleh masyarakat. Persaudaraan tetap persaudaraan. Ukhwah kami ialah ukhwah dari hati ke hati. Jadi segala salah silap harap dimaafkan. Kami hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari segala salah silap.

Sekali lagi tahniah buat kontijen Mu`tah keseluruhanya dan yang paling utama tahniah untuk The Brilliant Team ( SBB A & b ). Kita akan pertahankan kejuaraan kita untuk tahun akan datang, InsyaAllah.

JUMPA DI KARISMA 2011 (IRBID)

sebelum perlawanan akhir menentang Dream Team Amman

muhasabah permainan dan mengatur strategi dan tektikal

sebelum perlawanan pertama dengan Mafraq B peringkat kumpulan

Tuesday, February 23, 2010

Tersulamnya Sebuah Cinta

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah, akhirnya mereka selamat di ijab kabulkan dan aku ucapkan selamat pengantin baru kepada kalian semua. Semoga bahagia dan murah rezeki hingga ke syurga. Jalankan tanggungjawab suami isteri dengan seoptimum mungkin. Jangan ingat diri itu masih lagi bujang ye..he2.

pasangan Ustaz Wan Saifuddin & Dr Nur Afida

pasangan Ustaz Syafiq Jusoh & Ustazah Aisyah Tolhah

Kepada sesiapa lagi yang ingin membina masjid dalam masa terdekat ni. Jangan lupa menjemput aku di sini. Bagi sahabat-sahabat yang rasa diri tu dah sepatutnya membina masjid. Maka cepat-cepatlah berbuat demikian. Jangan sembunyi-sembunyi. Tak elok.

Jemputlah datang ke Jordan.

Monday, February 15, 2010

Egypt 2010

Mesir dalam Memori

Alhamdulillah.

Kali ni aku berpeluang untuk ziarah dan melawat bumi Mesir dengan Ket dan Hamzah serta bersama seorang senior mu`tah Nik Zaim. Banyak pengalaman menarik yang kami dapat dan kami rasai sendiri. Bagiku tak banyak beza dari gaya kehidupan masyarakat di Bumi Jordan dan Bumi Mesir. Cuma yang agak ketara bagiku ialah lahjah bahasa amiah Jordan dan Mesir. Agak susah juga masa mula-mula sampai kat kaherah bila nak bermuamalat dengan arab Mesir ni.

Yang pasti selama 17 hari kami di sana, aku banyak berdiam dari bercakap dengan arab Mesir. Mujurlah ada musyrif-musyrif yang baik hati yang selalu menolong kami di sana.

Jujur aku katakan, pelajar kita sangat-sangat beruntung bila berada di bumi Mesir. Dengan ramainya masyayikh-masyayikh yang boleh dijadikan sumber mendapat ilmu dan juga dengan lambakan kitab-kitab agama dan selainnya. Memang tidak dinafikan, korang semua memang beruntung. Cuma nak nasihat kat sini, rajin-rajinkanlah diri dengan menuntut ilmu bilamana berada di sana. Nasihat ni tuk diriku sekali yang berada di Jordan

Nanti, bila dah balik Malaysia aku nak talaqi dengan korang semua. Kedengkianku terhadap korang semua memang agak ketara dan tak berbelah bahagi. Dengki betul bila aku tengok korang mampu membaca al-Quran secara jamak dengan wajah qiraat sepuluh. Pastu dapat sanad al-Quran pulak. Pastu, korang banyak talaqi kitab-kitab hadis, fiqh dan tafsir. Apa-apa pun doakan kami kat sini sekali ye biar dapat jadi macam korang semua.

Akhir sekali terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sanggup memberi pertolongan dan melayan kami sepanjang berada di sana. Jasa kalian semua amatlah kami kenang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua dengan ganjaran berlipat kali ganda.

Buat sahabat-sahabat Mesir, dari Syoubro, Kaherah, Zaqazig, Mansurah, Tanta, Alexandria, Dumyat dan Damanhur, jemputlah datang ke bayt kami di Mu`tah Jordan.

Salam Ta`ruf kepada semua yang baru mengenali diri ini.

Alfun syukran alaikum



Jabal Musa, Semenanjung Sinai
Teman-Teman dari Zaqazig & Damanhur

Jadual Travel Budjet

Istana Solahuddin, Cairo

Band of Dq Hafs

Alexandria

Laut Mediterranean


Saturday, January 23, 2010

Tenang dan Senang

Bila hati tenang dan senang, InsyaAllah semua akan berjalan lancar dan licin.

Cerita 2 bulan lepas.

Sejak dari awal kedatangan mereka ke bumi Mu`tah ambo rasa nak menjamu mereka dengan masakan ambi sendiri. Tapi apakan daya, dengan kesibukan belajar dan urusan-urusan sampingan, takde kesempatan untuk meraikan mereka semua. Yang segannya, mereka pulak yang selalu menjemput ahli bayt kami untuk menjamu hidangan di teratak mereka. Jadi terbalik pulak.

Beberapa jam lepas.

Alhamdulillah, niat dan azam untuk menjamu teman-teman seperjuangan tercapai malam ni walaupun dalam skala yang kecil. InsyaAllah kalau ada rezeki, lain kali rasa macam nak buat dalam skala besar pulak. Doa-doakanlah teman-teman semoga diri ini dimurahkan rezeki dan tenang hati dengan segala kemungkinan yang akan berlaku dalam hidup ini.

Mission to Egypt 2010

Jam 6.00 am, 24hb Januari 2010

InsyaAllah, ambo, Mejoh dan Ket akan mengembara ke Bumi Kinanah Mesir. Doakan kami selamat pergi dan pulang. Semoga kembara kami berada dalam keredaan Allah s.w.t..Amenn

Thursday, January 7, 2010

Aduhai Tanah Airku : part two

samakah langkah pemuda dengan langkah orang dewasa

Sambungan dari aduhai tanah airku : part one

Kali ni, kawe nok cerito dengan kongsi dengan teme-teme pasal remajo jah. Kawe raso banyok hok penting dale bab ni. Mungkin kali ni bahasa kito ejah ke bahasa fushah sikit. Sebab kesian tengok ko saing-saing duk eja sebutir-sebutir.

Kawe nok tuka sikit perkataan remaja tu jadi pemuda pemudi. Biar napok sedak sikit.

Ado kato-kato berbunyi “ kalu kito nok tengok macam mano negaro rupo atau feel sesuatu negara akan datang kito keno tengok macam mano keadaan pemuda pemudi negara tu loni.”

Sebab apo dio kato gitu? Sebabnyo, pemudo pemudi loni la yang akan memimpin mano-mano negaro satu maso nanti. Jatuh bangun sebuoh negaro bergantung pado demo ni blako. Ikutlah sapo-sapo hok raso dio pemudo atau pemudi. Dio keno bentuk diri dio jadi solid seratuh peratuh.

Kalu kito belek kisah-kisah sejaroh pun,banyok duk cerito pasal pemudo-pemudo dalam pembentukkan sesuatu tamadun tuh.

Kisah-kisah ni lah hok menyebabkan kawe bangga sikit jadi pemudo. Kalu tok bangga lagi tak tahu la tuh.

Contohnya kisah ashabul kahfi hok ado dale suroh al-Kahfi. Cerito dio pasal pemudo hok lari dari pemerintah yang zolim sebab nok jago imam mereka. Mafhum ayat dari surah al-kahfi “ merekalah pemuda yang beriman dengan Allah s.w.t dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.”

Pahtu hok kawe ingat lagi, kisah para sahabat Rasulullah s.a.w serupo kisah Mus`ab bin Umair. Mudo-mudo lagi dio sanggup terima Islam dan tinggalkan semua harta kekayaan keluarga dio. Nok kato kayonyo dio, dikisahkan, kalu dio duduk seratus meter dari kito, kito buleh kenal ataupun cam dio dengan bau air bau hok dio paka. Air bau dio tuh, dio sore jah hok ado maso tu. Mesti air bau tu mahal kalu dio sore jah hok mampu guna air bau tu.

Tapi, bila dio dapat cahaya kebenaran, segalo bentuk kemewahan dio tinggal. Sapa maso dio nk dikebumikan selepas syahid di medan perang. Kain hok nok tutup jenzah dio tuh, sapa ko tok cukup. Bilo mano nok tutup kepala, kaki pulok hok tebuko dan bilo nok tutup kaki, kepala pulok terbuko. Akhir sekali nabi suruh tutup dengan daun-daun kayu.

Pahtu cerito pasal Sultan Muhammad Al-faatih. Sultan hok buko Kota Constantinople. Hok buko Istanbul. Kalu nok tahu, baginda buko kota tu maso umur baginda 21 tahun. Maso tu, baginda masih lagi dalam ruang lingkup golongan pemudo. Pahtu, dikatakan bahawo sejak baginda baligh baginda tak rajin pun tinggal solat subuh dan tak rajin tinggal qiamulail. Dikatakan jugok, askar-askar baginda hok buko kota tu pun tok rajin tinggal qiamulail selepas mereka baligh.

Pahtu kalu kisah pemudi pun ado jugok. Serupo kisah Asma bt Abu Bakar. Asma telah tolong hantar makanan dan minuman kepada Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar r.a di Gua Thur semasa hijrah nabi kito ke Madinah. Besarnyo jasa Asma membantu perjalanan hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah.

Staro tu sbena jaso, penangan, semangat pemudo hok benar-benar berjiwo mudo. Pemudo ni bukan calang-calang ore. Kalu kito asoh-asoh molek kawe rasa akan ado lepah ni pemudo hok bakal jadi Mus`ab bin Umair, jadi Sultan Muhammad Al-Faateh, Usamah bin Zaid dan ramai lagi.

Pahtu, nok kongsi sikit la. Tuk pengatahuan blako, kawe ado terdengar sebenarnyo pemudo pemudi ni seperti kito adalah merupakan agent of change (agen perubah). Sedak deh bunyi. Tapi meme sengoti sbenanyo. Kito adalah agen kepada perubahan kepada mano-mano tamadun. Cuba la bilek buku-buku sejarah kalu tak percaya.

Kalu ikut sejarah kebangkitan Islam pulok, kebanyakan Negara-negara Islam dikuatkan oleh tangan-tangan kesatrianya yang kebanyokanya adalah dari kalangan pemudo. Pahtu, pada abad pertengahan dan pada zaman kejayaan Islam kebanyakan ilmuan agama dan tokoh agama adalah di kelompok pemudo jugo.

Jadi tak dapat tidok, kalu kito nak bangun atau nok maju srupo ore-ore dulu. Tak dapat tidok kito sebagai pemudo harapan bangsa dan Negara keno bersedio untuk beruboh ke aroh yang lebih baik sebagaimana pemudo-pemudo dulu buat. Sebab jatuh bangun sesebuoh negaro atah kito sebenarnyo.

Malahan, boleh jadi wajib untuk kito beruboh bagi menghadapi cabaran zaman kini yang begitu mencabar dan terlalu mendesak, dan juga bagi menghadapi gelombang materialism, sekularisme, komunisme, dan atheism yang semakin mengancam kewujudan Islam.

Alhamdulillah, dengan asbab kito sanggup belajar agama ni pun salah satu caro kito nok lakukan perubahan dalam diri kito. Dari kito tok tahu gapo-gapo pasal hokum hakam kito boleh jadi tahu. Pahtu, kito pulok hok dapat sebar ilmu-ilmu hok kito dapat tuh.

Bagi kawe. Kalu ngaji jah ilmu agama tapi perangai tok srupo ore ngaji agama. Srupo amalan kito pun lebih kurang jah dengan ore hok tok ngaji agama. Kawe raso kito keno cek balik tuh. Keno muhasabah balik. Mesti ado hok tok keno.

Keno ingat belako. Bilo kito ngaji mano-mano ilmu, tak dapat tidak, ilmu tu menjadi amanah dan taklifat atah diri kito. Kat akhirat pahni, Allah akan tanya semuo ni.

Sedikit tazkirah untuk diri kawe denge saing-saing pasal amanah dale nuntut ilmu.

Sambungan pasal pemuda pulok. Kalu ikut arus zaman loni. Kalu kito nok tengok keadaan umat akan datang boleh hidup dengan aman sentosa, jauh dari kacau bilau. Kito sebagai pemudo nilah hok patut mulo dulu dan mainkan peranan. Tok dapat tidak kito keno persiapkan diri bagi dilengkapi dengan pakej pemudo Rabbaniyyah.

Suko kawe nok petik kata-kata Assyahid Imam Hassan Al-Banna. “ Perbaikan sesuatu ummah tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan individu, iaitu perbaikan pada para pemuda. Perbaikan pada individu atau pemuda tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan dengan pendidikan iaitu perntarbiyahan dan pembinaan.”

Maksud di sini pembinaan ialah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, sentiasa berdoa, serta komited dalam proses pentarbiyahan jiwa dan selalu muhasabah diri.

Suko jugo kawe nok petik kata-kata Mustafa Mashyur “ cara yang paling baik untuk meramal masa depan adalah dengan menciptakan masa depan dan tahukah anda siapakah masa depan itu? Masa depan ialah seorang pemuda.”

Maksud di sini hok kawe pehe, kalu nok tahu gano bentuk maso depan nanti adalah dengan kito melihat gelagat dan amalan pemudo hok ado loni. Samo seperti kato-kato awal tulisan kawe tadi. Moleknya pemudo pada zaman loni, insyaAllah moleklah sesebuah Negara. Kalu buruknya pemudo zaman loni. Mintak jauh. Maka akan jatuh sesebuah Negara.

Jadi, bilo kito raso ado kesedaran bahawa dunia Islam dan masyarakat Islam kita memerlukan pemudo dan pemudi seperti kito suatu hari nanti. Maka seharusnya kita perlu bertindak secepat mungkin untuk memperkemaskan lagi diri kita yang masih lagi banyak kekurangan.

Samo-samolah kito beruboh untuk Islam itu sendiri. Ingatlah tugas pemudo ummah sebenarnya tugas yang berat. Bukan tugas yang ringan. Ayuh kita bangkit dengan bersatu hati demi bangsa, ummah dan Islam itu sendiri.

Terserah kepada kita semua untuk melakukan perubahan tersebut bagi melahirkan semula Muhammad al-Faatih versi moden atau Mus`ab bin Umair abad kini.