Saturday, February 28, 2009

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat


TAMAT

"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

MARILAH KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI SENDIRI….TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI…


Friday, February 27, 2009

PANDANGAN ISLAM TERHADAP REMAJA

BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM

Remaja adalah anak-anak muda lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur yang telah melepasi umur kanak-kanak dan mula memasuki umur dewasa, umur yang cukup untuk mendirikan rumah tangga, kerana telah baligh. Umumnya remaja ialah golongan muda yang sudah baligh hingga mencapai umur 25 tahun.

Oleh itu apabila kita membincangkan mengenai remaja masa kini, bererti kita membincangkan keruntuhan akhlak dan gejala-gejala negatif di kalangan golongan muda-mudi Islam yang sudah baligh iaitu kira-kira dua belas tahun hinggalah mencapai umur 25 tahun. Alam remaja adalah merupakan zaman keemasan dan menyeronokkan. Kehidupan yang penuh ceria dan menyukakan hati. Perubahan-perubahan dari segi jasmani dan tubuh badan akan berlaku dengan cepat dan jelas. Sifat kelelakian dan kewanitaan akan menonjol. Perkembangan jiwa, emosi dan perasaan akan menjadi subur. Keinginan hawa nafsu dan naluri kemanusiaan amat tinggi dan berpengaruh ketika itu. Pada peringkat ini proses perkembangan kecerdasan otak sedang pesat berlaku sebagai persediaan untuk mendalami dan meluaskan ilmu pengetahuan serta mengembangkan bakat dan kemahiran remaja.

Remaja juga ialah satu generasi yang sedang melalui tahap ujian dan saringan yang amat ketat dari segenap sudut, dari sudut jasmani, rohani, emosi, mental, sosial, dan keimanan. Ujian dan saringan ini tidak boleh dinafikan atau dijauhkan kerana ia memang telah menjadi fitrah Ilahi untuk memasukkan setiap insan ke dalam kancah ujian bagi menentukan orang yang berjaya dan orang yang gagal. Ujian ini akan terus sehinggalah manusia kembali kepada Allah s.w.t. Kejayaan remaja melepasi tahap ini dengan mempertahankan iman dan agama dalam amalan kehidupan harian mereka adalah satu kejayaan yang mengagumkan. Bukan saja dikagumi oleh manusia bahkan dikagumi juga oleh Allah s.w.t.

Terdapat juga pendapat beberapa orang cendekiawan Islam yang menyatakan bahawa anugerah Allah yang terbaik bagi manusia ialah zaman remajanya. Zaman remaja adalah zaman yang paling gemilang bagi setiap orang. Zaman ini juga adalah zaman yang produktif, membangun dan membina. Zaman ini adalah zaman kekuatan antara dua zaman kekuatan antara zaman kanak-kanak dan zaman tua. Kitab suci al-Quran menjelaskan perkara ini dalam ayat 54 surah al-Ruum:

Ertinya :

54. Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian dia menjadikan ( kamu ) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian dia menjadikan ( kamu ) sesudah kuat itu lemah ( kembali ) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

Dari perkongsian hidup suami isteri maka lahirlah anak pinak dan cucu cicit yang menjadi generasi pengganti sehingga berterusanlah perkembangan manusia. Pada mulanya semasa mereka masih kanak-kanak, mereka di dalam keadaan lemah, selepas itu menjadi remaja dan belia, mereka menjadi kuat, penuh tenaga, cergas, paling produktif, aktif dan berpotensi, setelah itu perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit kekuatan dan kecerdasan mereka berkurangan, semakin lanjut umur mereka, maka semakin susut kekuatan, tenaga dan kecerdasan mereka akhirnya mereka menjadi tua dan lemah.

Masa remaja adalah masa keemasan yang wajib dimanfaatkan sepenuhnya. Dalam hadis yang lain, iaitu hadis dari Abu hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w, beliau bersabda : Tujuh golongan yang dilindungi Allah di bawah lindunganNya, semasa tidak ada lindungan selain daripada lindunganNya : Imam ( pemerintah ) yang adil. Pemuda semasa mudanya beribadat kepada Allah. Orang yang menyebut ( mengingati ) Allah ketika bersendirian, lalu menitiskan air mata. Pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. Orang yang berkasih sayang kerana Allah. Seseorang lelaki yang digoda oleh perempuan bangsawan tetapi dia mengatakan ( menolak ) : “ Sesungguhnya saya takut kepada Allah.” Orang yang bersedekah dan disembunyikannya, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan.

Hadis diatas telah menjelaskan kepada kita bahawa salah seorang yang akan mendapat lindungan Allah di akhirat kelak ialah pemuda semasa mudanya sentiasa beribadat kepada Allah s.w.t dan pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. Adalah menjadi keistimewaan dan kelebihan bagi golongan pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah dan pemuda yang hatinya terpaut pada masjid. Keistimewaan ini tidak dikatakan oleh Rasulullah s.w.t terdapat pada golongan lain melainkan kepada pemuda saja. Jadi beruntung dan berjayalah bagi golongan remaja masa kini yang mengambil pengajaran dan intipati daripada hadis tersebut. Begitulah pentingnya zaman remaja bagi seseorang yang bergelar hamba Allah di muka bumi ini.

Di dalam hadis yang lain pula dari Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: Diangkatkan kalam ( dosa ) dari tiga golongan, orang tertidur hingga terjaga, kanak-kanak hingga baligh, dan orang gila hingga siuman”.

Hadis ini menjelaskan bahawa kanak-kanak yang belum baligh, orang gila dan orang tidur adalah dimaafkan jika melakukan dosa kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat mukallaf. Di antara syarat mukallaf ialah sampai umur baligh, iaitu umur peringkat awal remaja. Ini menunjukkan betapa pentingnya peringkat remaja dan belia ini dari segi kehidupan mereka sebagai seorang Islam kerana apabila mereka baligh bererti mereka telah mukallaf dan dengan itu mereka telah dinaikkan taraf sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan oleh agama.

Dipetik dari tesis Mohd Ruzaimy Bin Che Wan

Wednesday, February 25, 2009

Bada`tu bi Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

muka teruja dan keletihan
bukti ribut pasir
hadapan Bayt Malizi
sarapan pagi di warung Seri Mu`tah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah dan segala Kebesaran dan Keagungan aku halakan dan tujukan kepada Yang Maha Khalik,tuhan segala tuhan yang memberi kita rezeki sihat tubuh badan,kekayaan harta benda yang melimpah,nikmat cuaca (hujan,sejuk,panas) serta banyak lagi jika hendak diungkapkan..

Alhamdulillah....

Tanggal 10 FEB 2009,sampai juga aku dan sahabat-sahabat (Solihin,Syakir dan Hajar) di bumi Sakhra ini dengan menaiki flight Kuwait Airways..Bumi yang penuh ujian untuk umat terdahulu bahkan bagi umat masa kini dan yang akan datang.Dengan sedikit kejutan cuaca dari suhu purata 26`c-29`c di tanah air tercinta berpindah kepada suhu 3`c-13`c di bumi Israk kekasih Allah memang merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi kami.Dengan merasakan diri ini masih lagi kontang serta dahagakan ilmu aku serta sahabat-sahabat tekadkan hati untuk mengharungi ujian yang pertama ini..Ya Allah permudahkanlah jalan kami untuk menuntut ilmu mu Ya Allah di bumi para nabi-nabi Mu serta jadikanlah kami sebagai seorang yang tunduk dan patuh pada perintah Mu sebagaimana patuh para nabi-nabi Mu terhadap perintah Mu.

Alhamdulillah...

Syukur aku panjatkan kepada Mu Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menghidup udara Mu di Bumi Jordan ini. Dalam perjalanan ke daerah Mu`tah dari Queen Alia Airport ku lihat wajah sahabat-sahabatku begitu teruja bila mana pertama kali memijak kaki di bumi Jordan.Mungkin bumi Jordan ini indah dari khabar atau sebaliknya?Insya Allah persoalan ini akan terjawab nanti.Ujian pertama dan pengalaman pertama masih lagi segar bugar dalam kotak ingatan aku sewaktu perjalanan ke Mu`tah kami di serang ribut pasir..Masya Allah boleh di katakan sepanjang perjalanan ke mu`tah mesti ada kereta ataupun lori yang berlanggar,garaa-gara kegopohan orang Arab memandu dalam ribut pasir.Hati kecilku berkata "Ni baru ribut pasir biasa..macam mana la nanti ribut (yang bapak segala ribut) yang akan menggulingkan bumi kita nanti."Insaf juga bilamana berada dalam situasi tadi,memang menggerunkan walaupun ribut tu berlaku hanya sekejap(sejam lebih terperangkap dalam van).

Alhamdulillah..

Hari ke dua di Jordan.."Salji turun ke ket?...frost ke salji..?".Biarlah,yang penting Solihin memang sejuk menggeletar..he3..cakap keluar asap,nafas keluar asap...semuanya berasap..Tapi Perangai Pak Arab memang selalu keluar asap(budaya hisap rokok) ikut mulut dan hidung,tak kira sejuk ke panas,memang kalah orang melayu.Tapi yang sedihnya,budaya ini juga telah bersebati dengan segelintir pelajar Malaysia(kuliyyah Syariah di Mu`tah)..Suka sangat berasap.Tak tahu kenapa?..Mungkin mereka tidak tahu yang sepotong rokok bersamaan dengan sebutir peluru yang boleh menembusi tubuh badan saudara-saudara kita di Palestin..Bo la isap rokok...(Say no to ciggarates) (mamnuk tadkhin)

Alhamdulillah...

Aku amat berterima kasih kepada ahlul bayt Fudhail,Amir,Izul kerana memberi keizinan kepada kami bertiga untuk berkelana di Bayt Malizi dan aku harapkan kamu semua mendoakan kami agar dipermudahkan segala urusan di sini dan sedia memberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Kepada Allahlah aku serahkan agar memberi ganjaran yang setimpal kepada kamu semua kerana telah bertaawun ke arah ukhwah fillah.

Alhamdulillah..

Allah telah permudahkan segala urusan sewaktu pendaftaran untuk masuk Jamieah Mu`tah..Maka,berkelanalah aku di Jamieah ini insyaallah tidak lebih dari 4 tahun.Amin...Kalau diberi kekuatan insyaallah aku akan habiskan pengajian di sini selama 3 tahun.Tetapi semuanya aku serahkan kepada Allah.."Kita merancang dan Allah juga merancang,dan sebaik-baik perancanagan ialah perancangan Allah."

Alhamdulillah

Aku sebenarnya bukan rajin nak menaip ni,tapi bila menyedari cara mana lagi paling senang dan sesuai untuk kita berdakwah di masa kini..maka timbullah kesedaran untuk mempraktikkan teori "Dakwatun billhal" dan maksud hadis"Permudahkan jangan menyusahkan."Maka inilah langkah pertama aku dalam mengejar ganjaran daripada Allah s.w.t sebagaimana maksud potongan ayat al-Quran "Jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kamu" aku harapkan tergolong dalam golongan yang menolong tersebut. Amin...Doa-doalah biar usaha ini berkekalan biar dengan apa cara pun..

SYUKRAN ILA AHLIL BAYT (KET,FUDHAK,IZUL,SOLIHIN,AMIR)