Wednesday, July 8, 2009

Tafaddal Imtihan Awwal

be the best


Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar. Ia merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari.Setelah 2 minggu fasal saifi telah berlalu akhirnya fatrah imtihan awal bagi fasal saifi 2009 di Universiti Mu`tah bakal tiba. Memandangkan fasal saifi agak singkat berbanding dengan fasal awal dan thani mungkin menjadi salah satu faktor kepada kita terutama diriku sendiri untuk lebih berusaha gigih dalam mentelaah pelajaran yang telah di ajar di dalam kuliyyah.

Mungkin bagi pelajar yang mengambil madah Sirah bersamaku dengan Dr. Musthafa Abu Zaid akan membuktikan kepada beliau bahawa ( The Malaysians student is better than Arabians and others student and we not kill him but we give him a big of life and he can breath with smooth than before). Aku begitu menghormati beliau sebagai salah seorang tenaga pensyarah di kuliyyah syariah. Aku juga selalu rasa tercabar dengannya kerana beliau selalu mempersoalkan kebolehan pelajar Malaysia yang belajar di Mu`tah. Mungkin persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh beliau terhadap pelajar kita hanyalah untuk menaikkan semangat kita supaya berusaha menguasai ilmu Bahasa Arab. Harapanku di sini, semoga kita semua dapat menangkis anggapan negatif sesetengah pensyarah di Mu`tah dengan membuktikan bahawa kita mampu berdiri tegak bersama pelajar-pelajar Arab yang lain.

Di sini, memang ku tak nafikan bahawa ramai juga pelajar-pelajar kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan serta mendapat pujian daripada pensyarah-pensyarah dari segi akhlak dan tingkah laku mereka. Di harapkan kamu semua mampu mempertahankan kecemerlangan kamu sehingga titik-titik terakhir serta menjadi bukti kepada tenaga pengajar kita di sini, bahawa kita boleh. Aku harapkan kamu semua sudi membantu kami-kami ini terutama diriku sendiri yang masih lagi yang mencari tapak untuk maju kehadapan bersama kamu. Doakanlah supaya kami yang masih baru ini mampu berdiri bersama kamu.

Sama-samalah kita berganding bahu untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran dan menuju ke arah akhlak yang husnul khuliqi.

No comments: