Wednesday, February 23, 2011

Terima Kasih Buat Murabbiku

Cerita Dahulu.

Tanpa kerja keras mereka aku tidak mampu untuk mengira, menulis dan membaca seperti aku hari ini. Bermula dari peringkat rendah sehinggalah peringkat tertinggi tidak dapat tidak kita memerlukan seorang pembimbing, pendidik, pengajar serta seorang murabbi yang ingin melihat kita berjaya. Walaupun mereka mendapat gaji dan elaun daripada pihak tertentu, tetapi itu tidak memadai dengan segala jasa yang mereka curahkan pada kita semua. Terima kasih guru-guruku semua.

Walaupun hari ini bukan hari guru iaitu pada tanggal 16 Mei bagi setiap tahun. Aku tetap ingin mengabadikan mereka dalam ingatanku buat selama-lamanya. Maafkan aku jika ada melakukan kepada kalian semua.

Keberkatan ilmu dari kalian memang aku tagihkan..

Situasi hari ini

Terima kasih sekali lagi kepada Dr Mustafa Abu Zaid. Walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau disebabkan fikrah beliau dan ketegasan beliau dalam pemarkahan kertas ujian. Tetapi aku tetap meminatinya. Bagi aku, markah dalam ujian tidak penting, asalkan bunga-bunga ilmu yang diajarkan hadam disanubari setiap kita. Belajar molek insyaAllah markah akan molek.

Hari ini beliau menyedarkan aku sekali lagi akan kepentingan menjadi seorang penuntut ilmu.

Bila ditanya kepada kami apa mazhab kamu anuti? Lantas ramai yang menjawab kami bermazhab Syafie termasuk aku sendiri. Kemudian ditanya tentang apa mazhab akidah kamu? Ada menjawab saya Asyirah dan ada menjawab aku Salafi ( dalam hati aku ).

Selepas itu Doktor timbulkan persoalan lain lagi, kamu seorang bermazhab syafie dan Imam Syafie adalah berakidah Salaful Soleh. Maka sepatutnya kamu kena bermazhab akidah salaful soleh juga. Jadi, Kenapa kamu tidak mengikut atau tidak bersama Imam Syafie dalam masalah akidah.

Ibarat sekarang kamu ambil separuh dan kamu tinggal separuh.

Ramai yang terkesima selepas persoalan itu dilontarkan oleh Doktor termasuk aku sekali. Selepas itu Doktor meneruskan pengajian seperti biasa dengan meninggalkan persolan kepada semua pelajarnya.

Kesimpulan dari aku sendiri. Kita mesti belajar dan belajar sehingga akhir hayat. Walaupun kita sudah berada di peringkat tertinggi dalam bidang kita. Tetapi kita tetap masih lagi kosong. Jika timbul dalam hati seseorang mengatakan aku sudah berpuas hati dengan ilmu yang aku pelajari dan akulah yang paling alim dari kalangan pelajar-pelajar lain. Maka berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan.

Marilah sama-sama kita mencari jawapan kepada persoalan yang ditinggalkan oleh Doktor tadi.

Doakanlah buat saudara-saudar seakidah kita yang berada dalam kesempitan di Tanah Arab sekarang. Semoga Allah memberi kesabaran kepada mereka di sana. Moga-moga kerajaan Thaghut akan jatuh Islam akan terus bersinar.

No comments: