Monday, April 4, 2011

Hebatnya Perancangan Allah


Kenangan Piala Duta 2011

Buat SBB

Akhirnya, pasukan bola Mu`tah masih lagi mengekalkan kejuaraan buat kali ke 6 berturut-turut dalam KARISMA 2011. Sebelum terlambat, dengan kehangatan kejuaraan masih lagi terasa aku ucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain-pemain SBB dan para penyokong tegar yang telah mencurah segala tenaga dan wang ringgit untuk mengekalkan kejuaraan kali ini dan mengekalkan Piala Duta berada di Mu`tah.

Piala Duta kali ini begitu bermakna buatku, bukan kejuaraan yang aku fokuskan di sini. Tetapi semangat kesepaduan dan bertolak ansur yang telah ditonjolkan oleh pemain-pemain pasukan SBB dan para penyokong membuat aku terharu. Walaupun berlainan latar belakang dan asal usul, tetapi atas nama satu pasukan mereka dapat bersatu dan mengharungi segala cabaran.

Jika dahulu, kita dikritik dan ditegur atas masalah sikap para pemain dan penyokong. Tetapi, kali ini, kita mampu buktikan yang kita mampu untuk melakukan perubahan. Dan Alhamdulillah, akhirnya segala kritikan dan kata-kata kurang sedap didengari sudah senyap membisu. Syabas dan tahniah sekali lagi buat kita semua.

Semoga, untuk kejohanan akan datang, aku mengharapkan kita dapat mengekalkan kejuaraan dan dapat mengekalkan sikap dan moral yang telah kita tonjolkan pada kejohanan kali ini. Ingatlah, dengan bola sepak, kita boleh bersatu dan kita boleh bersama.

Sejelas-jelasnya dan sebenar-benarnya, setiap kali kita lakukan muhasabah dalam menilai setiap permainan merupakan suatu perkara yang begitu mengujakan aku sendiri. Ia begitu bernilai dan tiada tandingan pada harganya. Tautan dari hati ke hati membawa seribu satu kenangan dan kejayaan. Aku mengharapkan ia menjadi satu tradisi buat SBB, dan hendaklah dipraktikkan dalam setiap perkara kerana di akhirnya terselit sebuah kemanisan yang tidak mampu diungkapkan.

Jangan dengar mulut orang, tetapi dengarlah kata hati.

Syabas Semua.

Kembali menulis…… :)


1 comment:

Abdul Munir Sanusi said...

Kemah SBB, kemah. Kawe suko demo main. Main nge Mentarang FC, guane?