Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

8Jam di Kuwait

Kuwait Lagi.

2 Oktober 2010, Alhamdulillah, diberi kesempatan buat kali kedua untuk memasuki negara Kuwait. Sebuah negara yang mempunyai nilai matawang yang paling tertinggi di dunia. Iaitu 1 Kuwait Dinar ( KD ) bersamaan RM 12. Negara ini juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang terletak di Teluk Arab( دول العربية الخالجية )

Negara ini bersempadan dengan Iraq di utara, dan Arab Saudi di selatan. Nama Kuwait ialah singkatan perkataan Arab yang membawa maksud "kubu yang dibina dekat air"

Mengikut pendapat salah seorang pelajar dan kenalan Ustaz Sofie pelajar Universiti Kuwait, sejarah Kuwait tidaklah begitu banyak sekali yang boleh diperkatakan. Terbinanya juga negara disebabkan peperangan di negara-negara Arab teluk. Antara Iran, Iraq dan Kuwait sendiri.

Jika dibandingkan negara Kuwait dengan negara-negara Arab yang lain, negara ini begitu terkehadapan dari sudut ekonomi. Merupakan salah satu negara pengeluar minyak di dunia ini.Untuk menjelajah seluruh tempat-tempat menarik di Kuwait memadai dengan sehari dua berada di sana.

* Tarikh pada gambar berlaku keralatan

Penerbangan Kuwait Airways Malaysia - Kuwait - Jordan


Selepas arrival, cari teksi ke penginapan pelajar Universiti Kuwait



Di Hadapan Badan Kebajikan Zakat Asia Tenggara



Menara Kuwait




Ramah Mesra bersama Pelajar Malaysia di Universiti Kuwait


Menara mengingati Perang Teluk ( Liberation Tower )



Jangan terkejut jika minyak di sini lebih murah dari harga sebotol air
selepas di convert ( 1leter = RM 0.80 sen )



Masjid Kaber ( Masjid Imam Masyari Rasyi Al-Fansi )
Sedih hanya dibuka untuk waktu solat fardhu sahaja


Pintu gerbang Universiti Kuwait


Kuwait University department


Makmal komputer ( kat Jordan takde macam ni )

Kuwait Muzium



Transit Pertama di Kuwait ( sempat jelajah satu malam )


Pelajar Malaysia dari USA

*ada rezeki nanti ambo masukkan lagi.

Monday, December 6, 2010

Selamat Tinggal 1431H

Salam maal hijrah buat semua umat Islam.

Dengan kedatangan tahun 1432H bakal mendatangkan seribu satu rahmat kepada kita semua dan 1431H yang telah berlalu akan menjadi penanda aras, di takuk manakah kita berada? Dan banyak manakah amalan yang telah kita lakukan dengan ikhlas dan sempurna?

Dengan rasminya buku catatan kita bagi tahun 1431H akan berakhir pada kali ini, dan sama-samalah kita bermuhasabah diri. Semoga setiap perkara yang berlalu menjadi iktibar dan pengajaran kepada diri kita semua agar ia mampu menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur pada Yang Maha Kholik.

Marilah kita sama-sama menghayati kisah sirah perjalanan Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Kota Mekah ke Madinatul Munawwarah ( kota yang bercahaya ) bagi menyahut perintah Allah s.w.t dan juga bagi menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Banyak dugaan dan ujian yang diterima oleh Kekasih Allah dan para sahabat semasa proses penghijrahan. Tetapi semua ujian dan dugaan yang datang tidak menggugat jiwa dan keimanan mereka kepada Allah s.w.t RasulNya. Mereka tetap percaya dan yakin dengan jalan yang telah mereka pilih.

Dan akhirnya, atas keyakinan dan iman yang teguh mereka telah berjaya membuka dan membina sebuah kerajaan Islam. Bermula di situlah Islam mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Segala bentuk kemungkaran dan halangan pihak musuh mereka telah hadapi dengan jayanya demi Islam yang tercinta.

Sesungguhnya banyak pengajaran dan iktibar dapat kita ambil dari kisah tersebut. Hanya mereka yang benar-benar memahami kisah itu sahaja yang mampu untuk mengaplikasikan pada kehidupan pada hari ini. ( semoga kita tergolong dalam golongan yang memahami)

Semoga dengan kedatangan tahun 1432H, ISLAM akan terus terbela dan disanjung tinggi sehingga jatuhnya kerajaan Taghut. InsyaAllah. Semoga semangat generasi para salaful soleh akan bangkit dalam diri dan jiwa kita semua.

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Di Perantauan

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (183 ; al-Baqarah)

Hatiku berkata :

Alhamdulillah, sudah sehari kita berpuasa Ramadhan. Kelainan menyambut bulan penuh berkat pada kali ini memang sangat berbeza berbanding tahun lepas. Memang pengalaman menyambut ramadhan di negara orang satu pengalaman yang begitu berharga bagi saya. Salah satunya, jika dahulu semuanya bergantung penuh dengan juadah ibunda ketika berbuka tetapi pada kali ini air tangan kita sendiri yang menghasilkan juadah berbuka.

Sekali lagi saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana ayahnda dan bonda telah selamat sampai di tanah suci kota mekah semalam. Hati ini begitu tidak sabar berangkat ke sana untuk bertemu mereka. Sejuk rasanya bila mendapat panggilan daripada abah sebentar tadi. Mujur semuanya selamat dan sihat walaupun cuaca di Mekah agak begitu panas berbanding cuaca di Malaysia. Semoga abah, ma, ayah ngah, dan mak ngah sentiasa sihat selalu disamping menjalankan ibadat puasa dan ibadat umrah di Tanah Suci.

Cuti-cuti Malaysia

Berakhirnya imtihan nihaie fasal saifi, bermakna bermulalah musim cuti bagi kami di Universiti Mu`tah. Ada yang akan balik ke Malaysia, ada yang ke Syria, ke Mesir dan ada yang setia berada di Mu`tah termasuklah saya. Apa-apa pun semoga cuti selama sebulan lebih ini kita mampu memanfaatkannya disamping menjalankan ibadah puasa. Bagi yang pulang ke Malaysia saya doakan kalian agar terhindar dari segala wabak penyakit dan kepulangan kalian mampu menghiburkan hati ibu bapa dan keluarga tercinta. Semoga Allah bersama dengan kalian.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Mu`tah yang telah berjaya menamatkan pengajian di sini walaupun diri ini tidak begitu mengenali kalian. Semoga segala ilmu yang diperolehi di sini mampu dicurahkan di tanah air nanti dan mampu diterjemahkan dalam kehidupan kalian.

Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza.

Tak disangka, tema Ramadhan pada kali ini bagi program ihya Ramadhan PERMATA sama dengan tema yang pernah saya lihat dan dengar beberapa tahun lepas di DQ. Rupa-rupanya tema ini dicadangkan oleh sahabat saya sendiri iaitu saudara Syakir kepada ketua unit BBR iaitu saudara Hussin. Indahnya jika, seluruh penghayatan dan amalan kita untuk Ramadhan pada kali ini mampu mengubah kehidupan seseorang ke arah lebih baik sebagaiaman maksud tersirat yang terdapat pada tema tersebut.

Semoga segala ibadah dan amalan kita pada Ramadhan kali ini akan menjadi saksi kepada kita di hari akhirat kelak, insyaAllah. Isilah Ramadhan dengan segala amalan-amalan yang mampu kita lakukan. Perbanyakkanlah tadarrus al-Quran. Ingatlah, bulan Ramadhan adalah hadiah bagi umat nabi Muhammad kerana di dalamnya bermacam-macam ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t jika kita memanfaatkannya.

Semoga ketakwaan akan menjadi milik kita di akhir nanti.Anda mampu mengubahnya.Amenn.

SALAM RAMADHAN DARI BUMI MU`TAH JORDAN

Thursday, August 13, 2009

Dalam Kenangan : Ustaz Asri Rabbani

Perginya Seorang Pejuang.


Ustaz Asri Rabbani, beliau adalah contoh insan yang telah berjaya menjadikan dakwah bukan hanya tempatnya di masjid atau kuliah-kuliah agama. Dengan menggunakan medium nasyid dan seni suara, dakwah Islam telah berjaya menerobos masuk ke segenap tembok yang mungkin tidak mampu ditembusi oleh cara dakwah yang statik. Semoga akan lahir lagi insan-insan persis Asri Ibrahim yang akan berdakwah dalam ertikata yang luas.

Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham Ustaz Asri ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Semoga roh perjuangan beliau dalam arena dakwah tersemat kukuh di sanubari rakyat Malaysia khususya para remaja kita.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Asri.

Lirik Pergi Tak Kembali (Rabbani)


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Dapatkan klip video nasyid di sini