
Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan amalan, Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikan dan berkorban deminya.
Tuesday, February 23, 2010
Tersulamnya Sebuah Cinta

Monday, February 15, 2010
Egypt 2010
Alhamdulillah.
Kali ni aku berpeluang untuk ziarah dan melawat bumi Mesir dengan Ket dan Hamzah serta bersama seorang senior mu`tah Nik Zaim. Banyak pengalaman menarik yang kami dapat dan kami rasai sendiri. Bagiku tak banyak beza dari gaya kehidupan masyarakat di Bumi Jordan dan Bumi Mesir. Cuma yang agak ketara bagiku ialah lahjah bahasa amiah Jordan dan Mesir. Agak susah juga masa mula-mula sampai kat kaherah bila nak bermuamalat dengan arab Mesir ni.
Yang pasti selama 17 hari kami di sana, aku banyak berdiam dari bercakap dengan arab Mesir. Mujurlah ada musyrif-musyrif yang baik hati yang selalu menolong kami di sana.
Jujur aku katakan, pelajar kita sangat-sangat beruntung bila berada di bumi Mesir. Dengan ramainya masyayikh-masyayikh yang boleh dijadikan sumber mendapat ilmu dan juga dengan lambakan kitab-kitab agama dan selainnya. Memang tidak dinafikan, korang semua memang beruntung. Cuma nak nasihat kat sini, rajin-rajinkanlah diri dengan menuntut ilmu bilamana berada di sana. Nasihat ni tuk diriku sekali yang berada di Jordan
Nanti, bila dah balik Malaysia aku nak talaqi dengan korang semua. Kedengkianku terhadap korang semua memang agak ketara dan tak berbelah bahagi. Dengki betul bila aku tengok korang mampu membaca al-Quran secara jamak dengan wajah qiraat sepuluh. Pastu dapat sanad al-Quran pulak. Pastu, korang banyak talaqi kitab-kitab hadis, fiqh dan tafsir. Apa-apa pun doakan kami kat sini sekali ye biar dapat jadi macam korang semua.
Akhir sekali terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sanggup memberi pertolongan dan melayan kami sepanjang berada di sana. Jasa kalian semua amatlah kami kenang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua dengan ganjaran berlipat kali ganda.
Buat sahabat-sahabat Mesir, dari Syoubro, Kaherah, Zaqazig, Mansurah, Tanta, Alexandria, Dumyat dan Damanhur, jemputlah datang ke bayt kami di Mu`tah Jordan.
Salam Ta`ruf kepada semua yang baru mengenali diri ini.
Alfun syukran alaikum
Saturday, January 23, 2010
Tenang dan Senang
Bila hati tenang dan senang, InsyaAllah semua akan berjalan lancar dan licin.
Cerita 2 bulan lepas.
Sejak dari awal kedatangan mereka ke bumi Mu`tah ambo rasa nak menjamu mereka dengan masakan ambi sendiri. Tapi apakan daya, dengan kesibukan belajar dan urusan-urusan sampingan, takde kesempatan untuk meraikan mereka semua. Yang segannya, mereka pulak yang selalu menjemput ahli bayt kami untuk menjamu hidangan di teratak mereka. Jadi terbalik pulak.
Beberapa jam lepas.
Alhamdulillah, niat dan azam untuk menjamu teman-teman seperjuangan tercapai malam ni walaupun dalam skala yang kecil. InsyaAllah kalau ada rezeki, lain kali rasa macam nak buat dalam skala besar pulak. Doa-doakanlah teman-teman semoga diri ini dimurahkan rezeki dan tenang hati dengan segala kemungkinan yang akan berlaku dalam hidup ini.
Mission to Egypt 2010
Jam 6.00 am, 24hb Januari 2010
InsyaAllah, ambo, Mejoh dan Ket akan mengembara ke Bumi Kinanah Mesir. Doakan kami selamat pergi dan pulang. Semoga kembara kami berada dalam keredaan Allah s.w.t..Amenn
Friday, January 22, 2010
Muhasabah Diri
Bila berada di atas sentiasakanlah diri untuk tunduk ke bawah.
Jangan sentiasa memandang yang di atas tanpa menjenguk ke bawah.
Segala gerak geri, tingkah laku, pernyataan, percakapan akan terus dinilai dari semasa ke semasa.
Segala-galanya bakal dihitung dengan pembalasan, tidak cepat dan tidak lambat.
Hanya menunggu masanya saja yang tiba.
MUHASABAH SESAMA INSAN
Thursday, January 7, 2010
Aduhai Tanah Airku : part two
Sambungan dari aduhai tanah airku : part one
Kali ni, kawe nok cerito dengan kongsi dengan teme-teme pasal remajo jah. Kawe raso banyok hok penting dale bab ni. Mungkin kali ni bahasa kito ejah ke bahasa fushah sikit. Sebab kesian tengok ko saing-saing duk eja sebutir-sebutir.
Kawe nok tuka sikit perkataan remaja tu jadi pemuda pemudi. Biar napok sedak sikit.
Ado kato-kato berbunyi “ kalu kito nok tengok macam mano negaro rupo atau feel sesuatu negara akan datang kito keno tengok macam mano keadaan pemuda pemudi negara tu loni.”
Sebab apo dio kato gitu? Sebabnyo, pemudo pemudi loni la yang akan memimpin mano-mano negaro satu maso nanti. Jatuh bangun sebuoh negaro bergantung pado demo ni blako. Ikutlah sapo-sapo hok raso dio pemudo atau pemudi. Dio keno bentuk diri dio jadi solid seratuh peratuh.
Kalu kito belek kisah-kisah sejaroh pun,banyok duk cerito pasal pemudo-pemudo dalam pembentukkan sesuatu tamadun tuh.
Kisah-kisah ni lah hok menyebabkan kawe bangga sikit jadi pemudo. Kalu tok bangga lagi tak tahu la tuh.
Contohnya kisah ashabul kahfi hok ado dale suroh al-Kahfi. Cerito dio pasal pemudo hok lari dari pemerintah yang zolim sebab nok jago imam mereka. Mafhum ayat dari surah al-kahfi “ merekalah pemuda yang beriman dengan Allah s.w.t dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.”
Pahtu hok kawe ingat lagi, kisah para sahabat Rasulullah s.a.w serupo kisah Mus`ab bin Umair. Mudo-mudo lagi dio sanggup terima Islam dan tinggalkan semua harta kekayaan keluarga dio. Nok kato kayonyo dio, dikisahkan, kalu dio duduk seratus meter dari kito, kito buleh kenal ataupun cam dio dengan bau air bau hok dio paka. Air bau dio tuh, dio sore jah hok ado maso tu. Mesti air bau tu mahal kalu dio sore jah hok mampu guna air bau tu.
Tapi, bila dio dapat cahaya kebenaran, segalo bentuk kemewahan dio tinggal. Sapa maso dio nk dikebumikan selepas syahid di medan perang. Kain hok nok tutup jenzah dio tuh, sapa ko tok cukup. Bilo mano nok tutup kepala, kaki pulok hok tebuko dan bilo nok tutup kaki, kepala pulok terbuko. Akhir sekali nabi suruh tutup dengan daun-daun kayu.
Pahtu cerito pasal Sultan Muhammad Al-faatih. Sultan hok buko Kota Constantinople. Hok buko Istanbul. Kalu nok tahu, baginda buko kota tu maso umur baginda 21 tahun. Maso tu, baginda masih lagi dalam ruang lingkup golongan pemudo. Pahtu, dikatakan bahawo sejak baginda baligh baginda tak rajin pun tinggal solat subuh dan tak rajin tinggal qiamulail. Dikatakan jugok, askar-askar baginda hok buko kota tu pun tok rajin tinggal qiamulail selepas mereka baligh.
Pahtu kalu kisah pemudi pun ado jugok. Serupo kisah Asma bt Abu Bakar. Asma telah tolong hantar makanan dan minuman kepada Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar r.a di Gua Thur semasa hijrah nabi kito ke Madinah. Besarnyo jasa Asma membantu perjalanan hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah.
Staro tu sbena jaso, penangan, semangat pemudo hok benar-benar berjiwo mudo. Pemudo ni bukan calang-calang ore. Kalu kito asoh-asoh molek kawe rasa akan ado lepah ni pemudo hok bakal jadi Mus`ab bin Umair, jadi Sultan Muhammad Al-Faateh, Usamah bin Zaid dan ramai lagi.
Pahtu, nok kongsi sikit la. Tuk pengatahuan blako, kawe ado terdengar sebenarnyo pemudo pemudi ni seperti kito adalah merupakan agent of change (agen perubah). Sedak deh bunyi. Tapi meme sengoti sbenanyo. Kito adalah agen kepada perubahan kepada mano-mano tamadun. Cuba la bilek buku-buku sejarah kalu tak percaya.
Kalu ikut sejarah kebangkitan Islam pulok, kebanyakan Negara-negara Islam dikuatkan oleh tangan-tangan kesatrianya yang kebanyokanya adalah dari kalangan pemudo. Pahtu, pada abad pertengahan dan pada zaman kejayaan Islam kebanyakan ilmuan agama dan tokoh agama adalah di kelompok pemudo jugo.
Jadi tak dapat tidok, kalu kito nak bangun atau nok maju srupo ore-ore dulu. Tak dapat tidok kito sebagai pemudo harapan bangsa dan Negara keno bersedio untuk beruboh ke aroh yang lebih baik sebagaimana pemudo-pemudo dulu buat. Sebab jatuh bangun sesebuoh negaro atah kito sebenarnyo.
Malahan, boleh jadi wajib untuk kito beruboh bagi menghadapi cabaran zaman kini yang begitu mencabar dan terlalu mendesak, dan juga bagi menghadapi gelombang materialism, sekularisme, komunisme, dan atheism yang semakin mengancam kewujudan Islam.
Alhamdulillah, dengan asbab kito sanggup belajar agama ni pun salah satu caro kito nok lakukan perubahan dalam diri kito. Dari kito tok tahu gapo-gapo pasal hokum hakam kito boleh jadi tahu. Pahtu, kito pulok hok dapat sebar ilmu-ilmu hok kito dapat tuh.
Bagi kawe. Kalu ngaji jah ilmu agama tapi perangai tok srupo ore ngaji agama. Srupo amalan kito pun lebih kurang jah dengan ore hok tok ngaji agama. Kawe raso kito keno cek balik tuh. Keno muhasabah balik. Mesti ado hok tok keno.
Keno ingat belako. Bilo kito ngaji mano-mano ilmu, tak dapat tidak, ilmu tu menjadi amanah dan taklifat atah diri kito. Kat akhirat pahni, Allah akan tanya semuo ni.
Sedikit tazkirah untuk diri kawe denge saing-saing pasal amanah dale nuntut ilmu.
Sambungan pasal pemuda pulok. Kalu ikut arus zaman loni. Kalu kito nok tengok keadaan umat akan datang boleh hidup dengan aman sentosa, jauh dari kacau bilau. Kito sebagai pemudo nilah hok patut mulo dulu dan mainkan peranan. Tok dapat tidak kito keno persiapkan diri bagi dilengkapi dengan pakej pemudo Rabbaniyyah.
Suko kawe nok petik kata-kata Assyahid Imam Hassan Al-Banna. “ Perbaikan sesuatu ummah tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan individu, iaitu perbaikan pada para pemuda. Perbaikan pada individu atau pemuda tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan dengan pendidikan iaitu perntarbiyahan dan pembinaan.”
Maksud di sini pembinaan ialah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, sentiasa berdoa, serta komited dalam proses pentarbiyahan jiwa dan selalu muhasabah diri.
Suko jugo kawe nok petik kata-kata Mustafa Mashyur “ cara yang paling baik untuk meramal masa depan adalah dengan menciptakan masa depan dan tahukah anda siapakah masa depan itu? Masa depan ialah seorang pemuda.”
Maksud di sini hok kawe pehe, kalu nok tahu gano bentuk maso depan nanti adalah dengan kito melihat gelagat dan amalan pemudo hok ado loni. Samo seperti kato-kato awal tulisan kawe tadi. Moleknya pemudo pada zaman loni, insyaAllah moleklah sesebuah Negara. Kalu buruknya pemudo zaman loni. Mintak jauh. Maka akan jatuh sesebuah Negara.
Jadi, bilo kito raso ado kesedaran bahawa dunia Islam dan masyarakat Islam kita memerlukan pemudo dan pemudi seperti kito suatu hari nanti. Maka seharusnya kita perlu bertindak secepat mungkin untuk memperkemaskan lagi diri kita yang masih lagi banyak kekurangan.
Samo-samolah kito beruboh untuk Islam itu sendiri. Ingatlah tugas pemudo ummah sebenarnya tugas yang berat. Bukan tugas yang ringan. Ayuh kita bangkit dengan bersatu hati demi bangsa, ummah dan Islam itu sendiri.
Terserah kepada kita semua untuk melakukan perubahan tersebut bagi melahirkan semula Muhammad al-Faatih versi moden atau Mus`ab bin Umair abad kini.
Wednesday, January 6, 2010
Aduhai Tanah Airku : part one

Kawe raso nok tulis dale bahasa kelate jah kali ni. Biar tahu sikit bahaso ibunda kawe. Biarlah ore nok kato gapo pun. Hok penting kawe nok luah perasaan sikit. Sejak duo menjak ni, kawe tengah pening sikit sebabnyo kawe pun tak tahu bakpo. Mungkin sebab nok dekat denge perikso final kot. Boleh jadi jugo asyik duk mikir pasal masa depe denge tanggungjawab ko berat loni. Tapi apo pun kawe terima ujian denge amanah Allah ni seadonya.
Biasolah tu, kalu hati duk sero risa denge serabut sebab pikir bendo baik. Bagi kawe takdok masalah pun. Mungkin tu boleh jadi saloh satu dalil kawe ni masih waras lagi. Mitok jauh la dari penyakit sebaliknyo.
Berbalik ko crito kali ni stail versi bahaso klate.
Sokmo, bilo jah kawe buko online paper, tok kiro berita harian, harakahdaily, harianmetro, utusan, Malaysia kini and others gholibnyo cerito dale paper-paper ni mesti tok lari dari cerito politik dale negaro, rasuah, bunuh membunuh, bedil membedil, ore Islam keno bunuh, keh naik turun mahkamah, keh zina, keh keno rogol, tunjuk perasaan, keh exciden dan mace-mace keh lagi.
Kalu kawe nok crito sini meme banyoklah. Sero po tok cukup muko surat pulok nok taip. Tapi boleh kato, belako hak jadi ni meme kade-kade tuh buat kawe raso nyapoh jah tengok dan kade-kade buat hati kawe jadi sayu pulok.
Kawe ado bual denge abe kawe. Dio kato “ pah ko kito duk jadi pok turut duk ikut ko sek-sek politik neh, padahal hok buleh projek-projek sek-sek dio jah. Hok alek sini denge caro sini, hok sano denge caro sano, duk musing alek bendo samo. “ Tu pandange individu deh, buke pandange kawe.
Bagi kawe pulok, kade-kade kawe nyapoh jugok tengok adegan-adegan politik ni. Kade-kade tuh boring. Kalu bendo hok bawo paedah ko kito denge ado kaitan pasal agamo kawe tak dok masalah. Cumo bilo nok baloh pasal bendo-bendo hok xdok paedoh tu jah hok kawe raso nyampoh. Kalu tengok dewan rakyat tuh, sero srupo duk tepat ore jual ike jah. Tepik sano, tepik sini. Pah ceroh blako.
Tok leh ko wat mesyuarat molek. Ore kato bice dari hati ke hati. Doh line berlaine nok masuk line gano deh? Blako ado warno masing-masing.
Tapi, kalu duk bahas pasal nok naik syiar Islam tok pun bendo-bendo hok berkaitan Islam. Kawe meme setuju. Selagi mano bendo tu boleh bawo paedoh kepado Islam kawe akan sokong. Tok kiro demo duk alek mano. Asalke betul caro jah.
Pahtu, so lagi nok crito sini. Kawe meme tok puah hati betul denge kerajaan loni termasuk skali denge hok jago bahagie zakat kelate.
Bakpo la, sek-sek kerajaan tok se wi bantuan ngaji ko pelaja-pelaja bidang agamo hok ngaji timur tengoh. Padahal ore hok ngaji agamo ni la pautnyo sek-sek demo keno tolong. Keno adil la deh. Tokleh wi banyok wi sikit pun jadi.
Kato One Malaysian.
Tak dok ko mano-mano tok wakil nok bawo isu ni ko dewan rakyat? Kalu bawok doh, bawok la pulok. Banyok pahalo kalu atah asbab demo plaja-plaja agama ni dapat bantue.
Kawe tahu, kalu ngaji di university dale negaro bagi juruse agama kito buleh jah nok apply tuk scholar JPA denge syarat CGPA 3.50 ke atah. Tapi tok leh ko buat gitu jugok tuk plaja-plaja kito hok ngaji juruse agama di oversea neh. Diskriminasi sungguh la. Pah cerohhh.
Pahtu, pasal zakat tuk ore ngaji agamo asal kelate. Kawe pun tok pehe la. Bakpo la zakat kelate ni susoh nok buleh pahtu pulok buleh pun sikit. Padahal kawe dengar-dengar la. Bayaran zakat di kelate lah bayare paling mahal sekali kalu nok kiro atah kertah. Tak dok ko sapo-sapo hok nok tolong penaik bantuan zakat neh. Negeri-negeri lain blako penaik doh.
Tapi kalu kito, masih zuhud lagi duk takat lamo jah. Tok se genjok langsung. Nok wat gano deh. Buatlah perubahan sikit MAIK.
Habeh doh hok tok puah hati tuh.
Nok masuk crito sedih pulok.
Tok teraso pelik denge takut ko, hari-hari kalu kito baco paper pasti ado crito pasal bunuh, pasal exciden, pasal pecoh rumoh, pasal bedil, pasal masalah remajo jate denge remajo tino, masalah bohsia, masalah mat rempit, masalah dadoh .Tok teraso takut ko, kalu lepah ni bendo-bendo ni akan jadi ko kaum kerabat kito. Nauzubillah min zalik.
Paling sedihnyo. Belako ni jadi kat ore-ore Melayu hok agamo dio agamo Islam. Guano la ore Islam 10 tahun lagi kalu maso ni pun kucar kacir doh.
Kito duk kalut ko negara lain, tapi negaro kito loni duk dale kedaae agok paroh jugok la. Kalu dari segi indeks rasuah, indeks kes dero, indeks kes juvana, indeks kes ore isap dadoh. Raso-raso negaro kito lah hok duk ranking antara paling atah.
Kalu kito masih lagi sero sene, sero tene, sero selesa dengan kedaae gini kawe tok leh nok kato apo doh la. Meme tak dok ubat doh tuh.
Hok peliknyo dale keadaae negaro gini, bakpo la sek-sek atasan nuh tok se cari jalan sepakat macam mano nok uboh blako ni jadi molek.
Duk asyik pike ko projek-projek, nok kekalkan undi dalam PR pahni. Meme tok jadi kijo kalu bendo-bendo ni tok setel lagi. Kalu tok leh setel blako setel sikit-sikit pun jadi.
Mari kito pakat uboh slow-slow kalu tok leh laju gak. Hok moleknya mari kito pakat uboh diri kito dulu la. Nanti takut ore kato “ cakap lebat, buat hampeh .“ Kawe tuju ko diri kawe jugok neh biar jadi peringate ko diri kawe sekali.
Nanti kawe sambung balik cerito, luahan hati, perkongsian pada edisi seterusnya. Nok gi baco buku pulok.
Monday, December 21, 2009
Tekno-Daei : Dakwah Melalui Teknologi
Masih ramai pakar sains dan teknologi Islam tidak sedar mereka juga tergolong dalam barisan pendakwah yang mampu membawa umat manusia menuju kebaikan. Itulah pandangan yang diutarakan Pegawai Penyelidik Pusat Sains dan Teknologi di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Nurkumala Awang. Menurut Nurkumula, pendakwah dari golongan ahli sains Islam tidak semestinya mempunyai latar belakang ilmu agama yang mendalam tetapi apa yang penting adalah matlamat mereka menyebarkan syariah Islam dan kebaikan beragama. "Kebanyakan mereka ini dari latar belakang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu menyebarkan syiar Islam," kata beliau semasa membentangkan kertas kerja 'Para Tekno-Daei dan Persoalannya' pada Seminar Memperkasa Peranan Tekno-Daei: Cabaran Dalam Pembangunan dan Penggunaan ICT di sini baru-baru ini. Menurut Nurkumala para ahli teknologi serta saintis Islam layak digelar golongan tekno-daei iaitu sekumpulan pendakwah yang menggunakan kepakaran teknologi terkini untuk meyakinkan orang lain terhadap sesuatu kepercayaan yang boleh membawa kepada kebaikan. Tekno-daei adalah singkatan dari gabungan dua perkataan iaitu Teknologi dan Daei. Daei adalah bahasa Arab yang membawa maksud 'dakwah atau pendakwah'.
Thursday, November 26, 2009
Salam Aiduladha

عيد كم مبارك كل عام وانتم بخير
Sunday, November 22, 2009
Sedikit Perihal Tentang Aurat
Syukur alhamdulillah, semoga artikel ini boleh memberi kesedaran kepada kita semua termasuk diri ini. Mungkin kita boleh meningkatkan lagi kefahaman tentang perihal kepentingan menjaga aurat dengan membilik kitab-kitab muktabar @ rujukan-rujukan lain. Artikel ini hanyalah sebahagian dari juzuk-juzuk yang kecil jika hendak dibandingkan dengan rujukan lain. Tidak ada yang diharapkan oleh pencetus artikel ini, selain redha Allah s.w.t. Semoga kita semua dapat ambil iktibar.
Tentang persoalan-persaolan yang dibangkitkan daripada pembaca pada artikel yang lepas. Izinkan saya menjawab serba sedikit sebagaimana ilmu saya yang masih lagi cetek. Mungkin jawapan saya tidak akan memuaskan hati pembaca. Tetapi ia sekadar berkongsi pandangan. InsyaAllah jawapan ini berdasarkan mazhab syafie dan mengikut pemahaman saya sendiri.
Tentang isu apakah melihat aurat sesama sendiri seperti lelaki melihat aurat lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan di haramkan?
Jawapan : Ia memang diharamkan mengikut maksud riwayat hadis. Dalam hadith sahih yang menerangkan bahawa, lelaki tidak boleh melihat aurat sesama lelaki dan begitu juga bagi wanita juga tidak boleh melihat aurat sesama wanita. Hadith riwayat Abu Sa’id Al-Khudri , yang menurut muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi lafaznya berbunyi : “Janganlah hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita tidur satu selimut dengan wanita lain..”
Soalan tentang apakah tidak boleh memakai pakaian bercorak, baju berbunga-bunga atau baju berkilau.
Jawapan : Saya suka memasukkan isu ini dalam masalah berhias. Andaikata dengan berpakaian sebegini berniatkan untuk berhias dan ingin menarik perhatian sang teruna ataupun mana-mana lelaki maka saya nasihatkan supaya latihkan diri untuk menjauhi perkara sebegini. Kerana telah datang banyak ayat- ayat daripada Allah s.w.t antaranya bermaksud
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (al-Nur-31)
Allah telah berfirman yang bermaksud:“Janganlah menampakkan perhiasan”(al-Nur: 31). Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu.
Isu lain. Macam mana hukum menunjukkan gambar kita waktu kanak-kanak dimana gambar tersebut dalam keadaan tidak menutup aurat.
Jawapan : Secara logik akal ia tidak menjadi masalah jika gambar tersebut tidak menaikkan syhwat hawa nafsu. Ini berdasarkan sebab gambar tersebut di ambil ketika masih lagi belum baligh. Maka suruhan untuk menjaga aurat masih lagi tidak ditaklifkan atas mereka yang masih belum baligh. Andaikata ia boleh menaikkan hawa nafsu dan syahwat jika gambar itu dilihat maka hukumnya adalah haram berdasarkan sebab boleh mendatangkan keburukan. Di sini saya mengambil jalan tengah atau dengar kata lain dengan jalan berhati-hati demi menjaga kemaslahatan iaitu dengan menyimpan semua gambar-gambar yang tidak menutup aurat kerana ia boleh memberi keaiban kepada kita sendiri jika ada orang melihatnya.
Isu tentang hukum batasan aurat seorang Islam dengan bukan Islam.
Jawapan : Aurat perempuan Islam dengan perempuan bukan Islam sama dengan aurat perempuan Islam dengan lelaki bukan muhrim yang Islam. Iaitu muka dan telapak tangan. Diceritakan Ubadah bin Nusayy berkata,”Umar telah menulis surat kepada Abu Ubaidah bin Al-Jarah, bahwa perempuan-perempuan Ahludz-Dzimmah (kafir yang ada perlindungan Islam) masuk ke tempat mandi bersama perempuan-perempuan muslimah! Cegahlah mereka agar tidak berbuat seperti itu dan halal selain itu., karena sesungguhnya perempuan kafir tidak boleh melihat aurat perempuan muslimah. Tafsir Ash-Shobunu.
Isu tentang membuka aurat dihadapan kanak-kanak.
Jawapan : Bagi saya, apakah sudi kalian semua membuka aurat di hadapan mereka. Dengan menampakkan aurat-aurat yang tidak terjaga. Sedangkan kita sudah memahami apa itu hukum membuka aurat. Maka di sini kita boleh menjadi contoh kepada-kepada kanak-kanak tersebut dengan sentiasa menjaga aurat walaupun sekecil-kecil perkara. Masa inilah uslub dakwah dengan memberi contoh tauladan yang baik perlu dipraktikkan. Semoga kanak-kanak itu sentiasa menjaga batasan aurat bilamana mereka baligh.
Andaikata ia diperbolehkan maka saya mengambil pendekatan ia adalah perkara yang diperbolehkan kepada orang biasa dan satu keaiban kepada seseorang yang arif kepada hukum hakam dalam Islam terutama yang sudah arif dalam bab munutup aurat.
Semoga usaha ini dapat memberi sedikit istifadhah dan pengajaran kepada semua pembaca.