Friday, April 15, 2011

Kembali KepadaNya




Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurniaan nikmat hidup dan nikmat Islam yang masih lagi aku kecapi.

Semalam aku mendapat satu berita yang begitu mengejutkan dan menyedarkan hati aku yang selama ini masih lagi lalai dengan perkara-perkara duniawi.

Hanya ucapan  “ إنا لله وإنا إليه راجعون ” terungkap ketika itu, setelah mendapat berita tentang kematian seorang Ikhwah yang belajar di Universiti Islam Madinah tahun pertama dan juga merupakan junior jurusan Diploma Darul Quran JAKIM serta merupakan salah seorang penggerak dalam arena dakwah.

Allayarham ialah saudara Muhammad Noraizuddin bin Nordin AlHafiz, dipanggil dengan nama Izuddin ataupun Nash. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan bersama-sama para sahabat dan para syuhada.

Walaupun, aku tidak lama bersama Allahyarham Nash, tetapi kali terakhir berjumpa denganya ketika Majlis berbuka puasa di Surau Bustanul , Kuala Lumpur pada tahun lepas. Aku dapat merasakan Allahyarham adalah seorang yang baik hati, peramah, dan seorang happy go lucky, serta seorang yang setiakawan. Aku begitu senang dengan sikap Allahyarham.

Aku mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nash dan seluruh sahabat karib Allahyarham serta mereka yang mengenali Allahyarham.

Semoga Roh Allahyarham tenang di sana. Ingatlah kematian tidak mengenal tempat dan masa. Mahu atau tidak kita tetap akan mengikut jejal langkah Allahyarham.

Aku mengharapkan kepada seluruh warga DQ ataupun ex- DQ boleh bersama-sama menyedekahkan bacaan Al-Quran untuk Allahyarham Nash.


Buat kita yang masih lagi diberi peluang untuk hidup.
Ingatlah, dimana-mana saja kita mungkin akan mati.
Cuma, cepat atau lambat.
Adakah kita telah bersedia untuk berdepan dengan Yang Maha Esa.?
Adakah cukup istighfar dan taubat kita kepadaNYa.?
Adakah cukup amalan kita?
Sama-samalah kita bermuhasabah diri.
Untuk persediaan di Hari Kelak

5 comments:

adzim said...

innalillah wa inna ilaihi rajiun...


nape?

ruzaimy said...

Allahyarham meninggal lemas ketika berada di pantai..

adzim said...

semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada'

shaker said...

sedih dan terkejut gak taw pasal ni

✿manis cili✿ said...

innalillahi wa inna ilahi rajiun~~
risau je bila pikir pasal kematian,sama2x kita tingkatkan amal.

Allah berfirman yg bermaksud:
'tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati"
(al-imran;185)