Friday, July 10, 2009

Wahai Ibuku.... Wahai Ayahku....


Harapan Kepada Ayah & Ibu

Wahai ibuku Wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan yang Esa
Tuntunlah kami
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia

Didiklah kami asuhlah kami
Dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana
Perkataan maki hamun
Jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah Rasul mulia

Tunjukkanlah kami
Dengan akhlak mulia
Agar mudah kami menyontohinya
Jangan macam ketam
Yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahai ibuku Wahai ayahku
Kasihanilah kami
Didiklah kami mengikut cara sunnah nabi
Janganlah kami dididik secara yahudi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

Kenalkanlah kami
Hidup dunia yang menipu
Asuhilah kami
Cinta akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan
Kepadamu ayah dan ibu..

*Harapan kepada ayah dan ibu dendangan kumpulan Nada Murni..

Lirik ini aku jumpa dari blog abdul rahman al-azmi, salah seorang sahabatku yang paling rapat dalam dunia ni. Kini aku berjauhan dengan beliau dan ku hanya mampu doakan agar ukhwah antara kami tetap terpateri sehingga akhir hayat.Pasti bagi sesiapa yang bergelar Maahadians Muhammadi College SPM candidates 2004 (bagi yang lepas ujian langkau kelas UKSA) dan SPM candidates 2005 akan terimbas kembali kenangan manis bersama bila mendengar nasyid di atas dinyanyikan. Termasuk diriku sendiri, nasyid di atas telah meninggalkan nostalgia manis dalam hidup ini. Bagiku nasyid ni sangat manis, ada zouk, serta mampu menitiskan air mataku dan boleh membuat hatiku rasa sebak. Segala pengorbanan kedua ibu bapaku terus berlegar-legar di kepala, dan hatiku akan berasa sebak bila mengingatkan pengorbanan ayahnda dan bonda tersayang bermula dari diriku sekecil tapak tangan sehingga aku mampu berada berjauhan. Doakanlah anakmu agar thabat dalam medan ilmu dan dakwah serta berjaya di dunia dan akhirat.
Terima kasih ayahnda dan bonda…

No comments: