kenangan semasa muqabalah Jamieah Madinah 2007
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Akhirnya imtihan awal telah berlalu dan natijahnya sedang dinanti-nantikan..Baru kusedar cara pembelajaran di Jordan,banyak juga manfaatnya untuk semua pelajar.Para pelajar wajib menghadiri kelas-kelas pengajian,tak cukup kehadiran alamatnya tak boleh masuk imtihan la jawabnya..Sistem disini sama saja dengan sistem pengajian di DQ,cuma disini ada 3 kali imtihan dalam satu semester manakala di DQ hanya sekali imtihan akhir.Soalan-soalan imtihan disini memang tidak dapat dijangka semacam imtihan di DQ.Semuanya bergantung kepada lecturer yang mengajar.Separuh kitab yang perlu dibaca (ulum al-Quran,ulum al-hadis) tapi yang perlu dijawab hanya 2 soalan saja dari 2 soalan kesemuanya.(memang sakit kepala).
Kira-kira hampir dua bulan berada di Jamieah Mu`tah,Jordan,alhamdulillah rentak dan corak pengajian disini dapat kuikuti dan rasa-rasa macam ada improve la dari awal musim pengajian dulu.Harap-harap improvement ni berterusan.Doa-doalah untuk aku sahabat-sahabat sekalian yang mengenali diri ini (semoga ukhwah kita berkekalan) Nasihatku untuk mana-mana individu yang teringin datang belajar di Tanah Arab ni supaya mantapkan dahulu ilmu alat di Tanah Air supaya senang bila belajar disini nanti. Satu kelebihan bagi sesiapa yang datang belajar di sini dengan ilmu alatnya sudah mantap.
Sedikit pengkongsian sejarah peperangan Islam di medan Mu`tah :
Jamadil Awwal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8H disebabkan pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah S.A.W kepada Raja Busra. Maka tentera muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu'tah yang mana Rasulullah S.A.W tidak turut serta dalam peperangan ini. Daripada tindakan ini dapatlah kita mengambil iktibar yang mana Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan.
Sebelum para tentera muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah S.A.W telah memberi arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja'afar bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja'afar telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah atau dipercayai di kalangan mereka untuk memimpin. Rasulullah juga mengingatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu'tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan. Ini adalah perkara yang mesti kita ambil cakna iaitu mengenai kepimpinan yang mana Rasulullah S.A.W telah meminta kepada kita dalam hadis yang lain agar melantik seorang ketua walaupun bermusafir dua orang. Jika di dalam urusan yang lebih besar lagi maka perkara ini perlu ditekankan secara yang lebih serius lagi seperti dalam kesatuan, rumah, negara dan sebagainya.
Kepimpinan mestilah disertai dengan amanah oleh pemimpin dan taat serta kepercayaan oleh orang di bawahnya.Sifat pemimpin juga wajib dititik beratkan agar dia bukan sahaja mampu melaksanakan tugas malah dia merupakan seorang yang mampu menjaga kesucian Islam daripada tercemar. Dari sini juga kita dapat mengambil istifadah sebagai seorang pendakwah dan pejuang Islam yang mana perlu mempunyai taktik dan pelbagai cara yang berhikmah di dalam menyebarkan dakwah Islamiah bukannya secara terburu-buru dan gopoh-gapah dalam tindakan. Sifat sabar dan yakin kepada pertolongan Allah wajib ada agar kerja dakwah kita berterusan dan tidak mudah terbantut disebabkan kita mudah berputus asa apabila dakwah atau usaha kita tidak berjaya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan soal mengenai kejayaan kita tetapi Dia akan tanya mengenai kerja dan usaha yang kita lakukan. Ingatlah firman Allah dalam ayat 56 surah al-Qasas yang bermaksud : Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui mereka yang mahukan petunjuk.
Sebaik sahaja mereka tiba di Mu'tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam yang mana dengan segera panglima perang musuh, Harcules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurahbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, Juzam, Qain dan Bahara'.
Apabila mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma'an selama dua malam. Ramai di kalangan mereka telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan kepada mereka bahawa keluarnya muslimin ke Mu'tah untuk memburu kemenangan ataupun syahid demi menjaga agama dan bukannya berperang kerana bilangan atau beradu kekuatan. Ini menyatakan kepada kita bahawa sesuatu tindakan bukanlah mengharapkan kepada ramai yang menggerakkannya tetapi ia mesti disertai dengan mujahadah, keyakinan, tawakkal sebelum menghasilkan natijah yang berkualiti. Strategi, motivasi, inovasi dan ta'awun yang berterusan begitu penting di dalam menggerakkan sesuatu pergerakan samada persatuan, syarikat dan amal jamae'i yang lain dan lebih utama ialah negara.
Peperangan meletus sebelum masuk kawasan Mu'tah lagi yang mana kedua-dua pihak bermati-matian di dalam mencari kemenangan. Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja'afar bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan as-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah tetapi beliau juga gugur syahid yang mana kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain.
Peristiwa ini mengajar kita agar bermujahadah di dalam menjaga maruah diri dan Islam tercinta walaupun nyawa sebagai bayaran. Arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin wajib dipatuhi selagi mana ia tidak bersalahan dengan syarak. Akhirnya kita dapat menyaksikan bagaimana Allah tetap menolong dan memberi kemenangan kepada hambaNya yang istiqomah, thabat dan bermujahadah dalam perjuangan yang hak dan ianya memerlukan ujian, mehnah dan dugaan bukannya boleh dihasilkan dengan cara mudah dan setakat goyang kaki sahaja.
Kesan daripada peperangan ini masih ada sehingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali dalam kawasan yang mana dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika berjalannyakerja-kerja ini, berlakunya peristiwa yang mana salah sebuah jentolak yang digunakan telah terkena tubuh syuhada' dan darah masih mengalir dari tubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka meninggal dunia. Perkara ini berlaku kepada kubur-kubur yang tidak jelas kewujudannya kerana tiada sebarang tanda yang digunakan. Peristiwa ini meyakinkan lagi kepada kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah. Islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia ditatang oleh sebab kejahilan
(sejarah peperangan mu`tah dipetik dari karangan Ustaz Hasrizal)
No comments:
Post a Comment