Sebelah pagi, waktu Jordan.
Setiap Pertemuan Pasti Akan Berlakunya Perpisahan. Semoga setiap perpisahan itu mendapat keredaan dari Allah s.w.t.
Terima kasih kepada pelajar Mesir mursyid (adik ket), Syam, Hadi, Chen kerana sudi melawat dan tinggal dengan kami di Bayt Malizi selama beberapa hari. Pertama kali jumpa memang agak kaku dan kekok untuk berinteraksi. Tapi, Alhamdulillah, dalam beberapa hari saja kita mampu mengenal antara satu sama lain.
Semoga jaulah bersama ke Petra, Qal`ah Karak, Laut Mati, Makam Panglima Perang Mu`tah ( edisi Ramadhan ), menjadi kenangan antara kita semua. Segala kekurangan dari layanan kami ahli Bayt Malizi harap dimaafkan. InsyAllah, tahun depan, kita bakal berjumpa lagi. Tunggu kami di Mesir nanti. Semoga ukhwah sentiasa berkekalan.
Sebelah petang, waktu Jordan.
Hati begitu sakit hati dengan sistem pekhidmatan servis yang ada di Lapangan Terbang Queen Alia (LTQA), Jordan. Benda yang boleh selesai beberapa minit saja bertukar menjadi beberapa jam. Dah la, perkhidmatan servis kenderaan tidak memuaskan, pemandu coaster kami dari Mu`tah pulak yang buat hal. Memang Tension tadi. Kurus pahala puasaku hari ni. Bilalah bangsa Arab ni nak jadi bertamadun dan pandai menghormati tetamu dari negara lain?
Musykil-musykil.
Mujurlah, hasil perbincangan dan campur tangan pegawai atasan Polis kawasan LTQA telah menjernihkan kembali keadaan kami di LTQA dan sedikit sebanyak mampu menenangkan hati kami semua.
Alhamdulillah, bagi saya peristiwa tadi telah berjaya menjaga maruah kita sebagai pelajar di Jordan.
Ubat Rindu
Rindu kepada gelagat-gelagat pelajar DQ akhirnya terubat. Walaupun tubuh badan ini masih lagi terasa kepenatan beberapa hari ini kerana melayan tetamu-tetamu dari bumi Mesir, tubuh ini digagahi juga untuk menjemput kalian di Lapangan Terbang Queen Alia. Terasa satu kewajipan atas diri kami semua untuk memberi kalian semua berasa selesa dan santai berada bersama kami.
Ikhlas saya katakan di sini, hati saya gembira tak terkata dengan kedatangan antum dan antunna sekalian. Harap segala kekurangan dari hasil layanan kami kepada kalian sepanjang kita berjumpa di LTQA sehingga detik ini dapat dimaafkan. Tidak dijangka masalah yang berlaku di LTQA tadi terkena pada kita. Itulah hakikat berada di negara orang. Tidak semuanya manis.
اهلا وسهلا الى أرض الشام
1 comment:
salam...Jemi, datang Mesir jgn lupa singgah rumah ku...Eh, Malaysia vs Jordan, sapa yg menang?
Post a Comment