Thursday, February 24, 2011

Banggakah Anda Dengan Keislaman Anda???


Apa Khabar Iman??

Aku jamin tidak ramai yang mengetahui apa itu hakikat Islam? apa itu hakikat iman? dan Apa itu hakikat ehsan. Ramai diantara kita masih lagi berada ditakuk yang lama. Masih berada dan bersandarkan pembelajaran akidah di sekolah rendah. Beruntunglah mereka-mereka yang berusaha menambahkan kefahaman tentang ajaran Islam. Mereka telah buktikan yang kefahaman mereka lebih baik dari kefahaman ketika mereka kanak-kanak jika mereka berusaha kea rah itu.

Perkara yang menyedihkan.

Jika persoalan ini tidak begitu difahami di kalangan orang awam. Kita masih lagi boleh bertolak ansur dan bertasamuh. Tetapi agak menyedihkan, masih ada segelintir dikalangan pelajar bidang agama sendiri masih tidak mengetahui hakikat persoalan yang dilontarkan itu sebenarnya. Bahkan mereka masih lagi dalam keadaan bingung untuk menjelaskan tentang persoalan Islam, Iman dan Ehsan.

Masa mula-mula lahir.

Keluar saja dari perut ibu kita, secara automatik kita telah mendapat gelaran seorang Islam dan kita mampu mendapat keistimewaan sebagai seorang Islam. Tetapi, hinanya kita, kita tidak dapat mengetahui hakikat Islam itu sendiri selepas meningkat dewasa.

Bila dah besar.

Ramai yang kita lihat mereka-mereka yang melaung-laungkan Islam hanya untuk orang Islam sahaja dan ada menggunakan nama suci Islam hanya untuk kepentingan nafsu semata-mata. Tetapi mereka masih lupa Islam ini adalah untuk semua. Dengan perbuatan mereka, ramai masyarakat memandang serong terhadap ketulenan Islam itu sendiri.

Sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

Lupakah kita? adab-adab bermuamat dengan orang bukan Islam yang telah di ajar oleh nabi kita sewaktu hayat baginda masih ada lagi. Baginda begitu menghormati orang lain walaupun berlainan agama. Sehinga diceritakan, ada antara orang-orang bukan Islam sanggup menganuti agama Islam disebabkan tertarik dengan sifat dan budi pekerti Rasulullah s.a.w. Semuanya menjelaskan kepada kita bahawa Islam yang tulen itu begitu indah sebenarnya.

Amaran buat aku sendiri.

Janganlah kita bangga kita sebagai seorang Islam, dan kita bangga dengan ibadat haji yang telah kita lakukan, dan kita bangga dengan ibadat zakat dan sedekah yang kita keluarkan dan kita bangga kita mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan lain-lain andaikata roh Islam itu masih lagi belum bangkit dalam sanubari kita. Kita bukanlah nak menjadi seorang Islam yang semata-mata ada tertulis Islam di kad pengenalan. Tetapi kita ingin menjadi seorang Islam yang jelas matlamatnya ialah kerana Allah.

Hadaf dan matlamat kita.

Kita ingin menjadi seorang Islam sepertimana Islamnya para sahabat, sepertimana Islamnya para tabien, dan sepertimana Islamnya para tabie dan tabien.

Sebagaimana hadis nabi berbunyi :

قال رسول اللّه صلى الله عليه وسلم خير النّاس قرني ثمّ الّذين يلونهم ثمّ الّذين يلونهم ثمّ الّذين يلونهم

Maksudnya telah berkata Rasulullah s.a.w “sebaik-baik manusia adalah mereka yang berada di kurun aku, dan selepas kurun aku (masa sahabat) dan selepas kurun itu ( masa tabien ) dan selepas kurun itu (masa para tabie dan tabien)”

Itulah tahap yang perlu kita sama-sama capai untuk mendapat keredaaNya. Walaupun tidak mampu untuk bersama-sama dengan mereka, tetapi kita mampu untuk berusaha kearah piawaian mereka.

Suka di sini aku membawa satu hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w yang begitu masyhur dikalangan mereka-mereka yang ingin mengatahui tentang hakikat Islam, Iman dan Ehsan.

Maksudnya . “Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian”.(Riwayat Muslim)

Semoga kalian semua berbahagia dan berbangga dengan keIslaman kalian.

No comments: