Thursday, February 24, 2011

To Be Millionaire


Versi Bahasa Melayu

Pengurusan keewangan amatlah penting dalam kehidupan seharian. Andaikata kamu boros dan tidak pandai berjimat cermat dalam merencanakan perbelanjaan harian. Alamatnya, janganlah diimpikan untuk menjadi jutawan suatu hari nanti. Kata-kata ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang bercita-cita nak jadikan dunia ini sebagai infinity.

Dalam kata lain “dunia dalam genggaman saja”. Itulah petua yang aku tabirkan dalam hidup aku sendiri dan ingin dikongsikan bersama.

Mungkin ramai beranggapan cukuplah dengan kerja makan gaji. Confirm duit sentiasa masuk tiap-tiap bulan. Nak buat loan rumah pun senang. Itu memang benar, aku tidak nafikan. Tapi yang kita mahukan adalah infinity. Semua yang terlintas di fikiran,kita akan mampu menggapainya. Miskinlah bagi sesiapa tidak bercita-cita untuk menjadi millionaire.

Yang lebih syadid lagi. Ada yang kata “buat apa nak kaya raya, nanti susah nak masuk syurga dengan hintungan harta yang terlalu banyak.” Pastu ada yang mengatakan “cukuplah dengan apa yang Allah bagi ni. Semua anak beranak aku dah cukup makan.”

Lupakah kita pada kisah Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat nabi s.a.w merupakan hartawan ketika di Mekah. Tetapi beliau sanggup meninggalkan seluruh hartanya ketika beliau hijrah ke Madinah demi menyelamatkan Deen. Bila di Madinah beliau menjadi seperti orang kebiasaan, tetapi dengan azam yang tinggi bermulakan dengan modal yang kecil beliau telah mampu menguasai ekonomi di Madinah dimana sebelum itu Yahudi yang menguasai ekonomi di sana.

Jadi jawapan aku senang saja “aku nak kaya sebab nak tolong agama Islam dan orang Islam.” Andaikata ditanya tentang persoalan itu. Itulah jawapannya.

Bila dah jadi jutawan, senang nak bagi tajaan kepada pelajar-pelajar agama yang ingin menjadi Dr Qardhawi Malaysia, menjadi Syeikh Ramadha al-Buti dan sebagainya. Tidak perlu mereka menebal muka dengan menyiapkan kertas kerja untuk mencari sumbangan dengan pihak-pihak tertentu. Tetapi kami-kami yang telah jutawan ini akan mencari mereka. Ingat tu kepada bakal-bakal jutawan.

Kalau nak mengharapkan duit JPA atau duit kerajaan untuk biasiswa sambung belajar luar negara dalam bidang agama. Aku rasa, kena tunggu kucing berkaki lima la jawabnya mereka tu. Kalau bidang professional diagung-agungkan, tetapi bidang agama ni macam di anak tirikan. Syukurlah, mereka masih dapat bantuan zakat walaupun RM2500 untuk setahun. Berbanding para-para professional RM2500 untuk sebulan syeikh.

Nak kembangkan dakwah pun senang bila dah jadi jutawan. Boleh buat sekolah, pusat rawatan, pusat kegiatan remaja dan macam-macam lagi. Tidak perlu terikat dengan mana-mana orang bila dah ada kesemua yang kita ada. Sekali petik, insyaAllah..datuk-datuk dan datin-datin yang tak pernah sembahyang teraweh akan ikut teraweh sekali dengan kita.

Yang penting walau macam mana pun kita, dakwah kena sentiasa bergerak. Tidak kira bagi yang kaya atau miskin. Bagi yang berjemaah atau berseorangan. Dakwah kena sentiasa bergerak. Jangan pulak berbalah disebabkan dakwah. Kalu jadi macam tu, rasa-rasanya dah salah konsep tu. Sama-sama kita muhasabah balik.

Apa-apa pun kita hendak sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah kita kecapi.

Setakat nilah, tulisan kosong ni. Kalau rasa ada kebaikan ambilah buat pengajaran. Kalu takde. Buat-buat tak tahu la hendaknya. : )

(Ya Allah, Ya Tuhanku kurniakanlah aku kekayaan di dunia lebih-lebih lagi kekayaan yang hakiki di akhirat nanti. Janganlah jadikan aku termasuk dalam golongan mereka-mereka yang rugi.)

p/s : ada sape2 nk tolong aku jadi jutawan x?

3 comments: