Saturday, June 27, 2009

Bermulanya Fasal Saifi..


rindu Madinah

Doa Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Ya Allah, jadikanlah pada akhlakku mulia seperti Engkau menjadikan jasadku baik” (hadis riwayat Ahmad).


Maksud sebuah hadis riwayat Ahmad, Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kedudukannya kepadaku pada hari akhirat ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya dan sesungguhnya orang paling dibenci di kalangan kamu di sisiku dan yang paling jauh dariku di akhirat ialah orang yang buruk akhlaknya”.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang” (surah al-Ahzaab:21).


Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu” (Riwayat al-Hakim).


Bermulanya Saifi….


Syukur Alhamdulillah, musim cuti bagi pelajar-pelajar Universiti Mu`tah Jordan yang mendaftar madah bagi fasal saifi (musim panas) bakal berakhir beberapa jam lagi. Tetapi, bagi yang tidak mendaftar madah fasal musim panas ini, mereka masih lagi berbaki cuti selama beberapa bulan. Biasanya, mereka sudah terbang ke tanah air dan sedang bergembira dengan keluarga di sana. Alangkah seronoknya kalau dalam masa beberapa bulan itu kita dapat memenuhi masa tersebut dengan kerja berfaedah ye. ( nasihat ini untuk sahabat-sahabat yang cuti panjag deh).


Selamat berjuang kepada sahabat-sahabat Mu`tah yang bakal memulakan pengajian Fasal Saifi termasuk diriku sendiri. Jadikanlah fasal yang akan datang lebih elok dari fasal yang sebelumnya dari segi kehadiran ke kuliyyah, musyarakah dengan doktor, assignment yang sempurna serta cuba mendapat kefahaman yang lebih mendalam lagi dalam madah-madah pengajian yang di ambil. Janganlah kita harapkan purata dan gred peperiksaan sahaja yang tinggi tapi sakhsiah peribadi diri kita masih lagi kebudak-budakkan. Jadikanlah medan pengajian kita ini sebagai medan mencari sebanyak mungkin input-input yang boleh menolong kita di kemudian hari. Semoga input-input pada fasal-fasal yang lepas masih lagi berlegar-berlegar dalam otak pemikiran kita dan mampu di praktikkan bila tiba masanya serta mampu menjadikan kita seorang yang bersahsiah tinggi.


Kali ni, aku ingin berkongsi sedikit pendapat dan persoalan dengan saudara dan saudari sekalian berkaitan akhlak-akhlak yang sepatutnya di tonjolkan oleh pelajar-palajar yang berstatus pelajar dalam bidang Islamic Studies tidak kira belajar di universiti tempatan ataupun luar Negara. Apakah patut, kita sebagai seorang mahasiswa agama major study kita adalah Islamic Study mempunyai akhlak lebih teruk dari mahasiswa-mahasiswa yang mengambil jurusan yang majornya bukan dari Islamic study? Malahan tidak di sentuh langsung dalam pembelajaran mereka pasal subjek-subjek pengajian Islam. Tetapi mereka mampu untuk mendabik dada kepada pelajar agama dari segi akhlak yang ditonjolkan oleh mereka walaupun mereka bukan pelajar aliran agama.Disini, Bukan aku nak nafikan, bahawa ada je pelajar agama yang memang sahsiah dan keperibadiannya masih lagi unggul dan baik.


Ada kita kesah..?


Yang menjadi masalah sekarang, ialah golongan yang pior-pior yang boleh digelarkan ustaz dan ustazah apabila mereka berkhidmat dengan masyarakat kelak mempunyai masalah dari segi akhlak dan tingkah laku. Inilah virus yang agak membimbangkan kita sebagai pelajar agama. Mungkin mereka boleh menjadi virus yang boleh meracuni pemikiran masyarakat serta menjadi fitnah terhadap pelajar agama. Dimanakah salah dan silap kita sebagai mahasiswa agama yang bakal bergelar ustaz dan ustazah? Sehingga ada antara mereka yang dari bidang berlainan memperkecil-kecilkan maruah dan kredebiliti kita sebagai pelajar agama. Memang tidak di nafikan ada yang mengatakan “ aku belajar agama ni tak semestinya aku akan jadi ustaz dan tak semestinya aku kena letak title ustaz kat depan nama aku.” Betul jawapan tersebut, tapi ingatlah masyarakat akan tetap memanggil kita ustaz walaupun kita tidak mahu di panggil sedemikian. Aku kata sebegini sebab aku dah merasakannya. Ayuhlah sahabat-sahabat yang satu matlamat, yang satu perjuangan, yang satu tekad bangkit mencari jalan penyelesaian atau tonik yang mampu membersihkan nama pelajar-pelajar agama dalam isu ini.


Ada kita kesah…?


Disini bukanlah aku nak katakan yang aku mempunyai akhlak yang baik, tapi cita-cita dan azam untuk kearah itu serta melihat sahabat-sahabat yang lain supaya berakhlak sedemikian masih kuat dan utuh untuk di realisasikan. Aku rasa mungkin semua orang mempunyai cita-cita dan azam sedimikian cuma masa untuk mencetuskannya belum kunjung tiba. Jadi di sini, marilah kita sama-sama menjadi orang yang pertama menjadi pencetus kearah masyarakat yang unggul akhlaknya dan baik peribadinya sealiran dengan persepsi masyarakat terhadap kita sebagai pelajar agama.


Kita hanyalah manusia biasa yang tidak maksum termasuk diri yang berkata ini. Aku harapkan nasihatlah dari semua pihak supaya dapat memberi sedikit teguran yang bernas dengan cara yang berhikmah dan baik ketika diri yang berkata ini berada dalam kelalaian serta kearah keburukan. Diri ini masih lagi dahagai tunjuk ajar serta contoh teladan dari kalian semua.


Akhirnya, marilah kita renungkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Hasan al-Basri,Seorang Muslim itu sangat ketat menjaga akhlaknya dan sentiasa melakukan muhasabah diri. Ia menjaga akhlaknya lebih ketat daripada seorang saudagar menjaga harta dan perdagangannya”.



1 comment:

shako said...

post yg menarik...actually isu nih sudah lame diperkatakan..
bg ana, untuk menerbitkan akhlak islami dr seseorg, die mestilah faham akan Islam yg syumul yakni peranan die sebgi seorang muslim..
untuk die nak merubah masyarakat..mestilah die murabah dirinya dahulu....