Saturday, June 6, 2009

Berakhirnya Satu Fasal.....

baru abes exm ni

Alhamdulillah, fasal pertama pengajianku di bumi Selatan Jordan telah berlalu, segala-galanya berlalu dengan pantas. Rasa baru semalam saja aku disambut ribut pasir yang menggila, seawal aku sampai di bumi Jordan. Rupa-rupanya sudah 4 bulan aku di sini. Macam-macam dugaan dan cabaran telah berlaku dalam kehidupan aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kuharapkan semua dapat mengahadapinya dengan penuh kesabaran bertawakkal penuh kepada Allah s.w.t.

Imtihan nihaie juga baru saja berlalu beberapa hari yang lepas. Natijahnya macam biasalah, ada yang berjaya, ada yang cukup makan dan ada yang rezekinya kali ini tidak kunjung tiba lagi. Peliknya di sini imtihan hari ni, keesokkannya markah dah keluar. Memang pantas dan boleh dikatakan lebih pantas berbanding dengan IPTA dan IPTS tempatan yang memiliki sijil ISO dan lain-lain sijil. Apa-apa pun aku ucapkan tahniah dah syabas kepada mereka-mereka yang berjaya dalam imtihan dan nasihat jangan mudah putus asa kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Ingatlah “ kita selalu lihat pelangi di atas kepala orang lain, tetapi bila lagi kita mahu lihat pelangi betul-betul dihadapan kita dan ingatlah kita mampu memiliki pelangi tersebut.” (alaikum bil kias)

Berakhirnya imtihan nihaie bermakna cuti pun kunjung tiba. Ada antara kami yang dah tak sabar untuk balik bercuti selama 3 bulan di tanah air bagi mereka yang tidak mengambil pengajian musim saifi, ada yang pergi melancong ke (Syria, Turki, Lubnan atau Mesir), ada yang pergi mengerjakan ibadah umrah di Mekah, ada yang mahu menenangkan jiwa di rumah-rumah sewa mereka, dan ada yang pergi bertalaqi. Nilah kelebihan belajar di Timur Tengah yang mana kita tak boleh kecapi nikmat sebegini di tanah air. Bagi aku buatlah apa-apa yang terbaik diwaktu cuti ni dengan kita penuhi masa tersebut dengan perkara-perkara berfaedah. Mungkin aku dan sahabat-sahabt yang lain akan ke Syria beberapa hari lagi untuk menguatkan tali ikatan ukhwah dengan rakan-rakan seperjuanagn disana. Nantikan kami disana……..


No comments: