" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )
Syukur kepada Allah s.w.t akhirnya kakakku Suriany bt Che Wan telah selamat di ijab kabulkan pada 1hb Jun 2009 dengan lelaki pilihanya abang Ramlan di Kg Bukit Panau, Tanah Merah. Walaupun aku berada berjauhan dengan keluarga di perantauan tetapi aku dapat rasakan kemeriahan majlis tersebut, dengan riuh rendah suara anak buahku, sepupuku, , jiran tetangga yang datang membantu ibuku, serta jo kako yang kuat bekerja pasti menjadikan suasana pada majlis tersebut lebih meriah lagi. Hanya aku saja yang tidak ada dalam majlis yang agak bermakna bagi kakakku itu. Kami semua seramai 6 orang adik beradik dan akulah yang paling akhir. Semoga perkahwinan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t dan rumahtangga kakakku bahagia sehingga ke anak cucu.
Tidak terlupa juga nak ucapkan disini selamat pengantin baru kepada semua sahabat-sahabat yang baru mendirikan rumahtangga, yang dah lama mendirikan rumahtangga serta yang bakal mendirikan rumah tangga. Maklumlah sekarang ni musim bercuti.he3..Yang penting jemputlah sahabat-sahabat kamu yang jauh ni ke majlis walimah tu, walaupun kami tidak dapat datang ke majlis walimah kamu, tapi bagitahulah sepatah dua kata. Ni tidak, tahu-tahu..Sudah kahwin. Suka buat kejutan. Bagi yang dah kahwin tu doa-doalah untuk kami di sini sebab doa orang yang kahwin ni mustajabnya banyak dari orang yang belum kahwin. Semoga kalian semua menjadi contoh keluarga mithali untuk generasi-generasi akan datang. Semoga sentiasa bahagia serta ceria selalu.
No comments:
Post a Comment