“Maha Suci Tuhan yang telah mengIsrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).
Bulan Rejab adalah bulan Israk Mikraj. Ia merupakan bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq yang membawa Rasulullah saw ke langit Sidratul Muntaha pada malam 27 Rejab 620M.Bumi ini pernah didiami oleh ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Syuaib as, Nabi Musa as, Nabi Harun as dan Nabi Isa as. Semua mereka membawa aqidah Islam yang sahih lalu didustakan oleh kaum mereka.
Adalah perjalanan Israk Rasullullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan keberangkatan ke lapisan langit ketujuh merupakan satu peristiwa yang besar ertinya. Antaranya ialah menandakan bahwa Masjidil Aqsa bukanlah satu tempat biasa bagi umat Islam malahan ianya tempat qudus dan suci di sisi Allah s.w.t dan menandakan bahwa di sana terikat satu pertalian yang erat di antara kebangkitan Nabi Isa a.s. dengan risalah Rasulullah s.a.w. Tegasnya wujudnya satu pertalian yang rapat dan erat di antara para Anbiya dalam siri pengutusan mereka ke alam ini.
Peristiwa ini juga memberi isyarat kepada kita bahawa setiap masa kita haruslah berwaspada dan menjaga keselamatan dan kehormatan tanah suci ini serta menjaganya dari sebarang rupa pencerobohan dari dalam dan luar. Inilah hikmah Ilahi yang seolah-olah telah memberi amaran agar setiap muslim tidak akan membelakangkan masalah Masjidil Aqsa yang telah di nodai oleh tangan-tangan Zionis dan meminta dari setiap muslim supaya membersihkan tanah ini dari noda kecemaran yang telah melandanya.
Tetapi, pada masa kini kesucian Masjidil Aqsa telah dinodai oleh zionis laknatullah dan juga mereka semakin berani dan rakus meratah serta mengorbankan jiwa umat-umat Islam di Palestin yang tidak berdosa. Tidak kira orang tua, kanak-kanak dan perempuan semuanya dianggap sama oleh mereka dan mesti di hapuskan dari muka bumi ini. Darah umat Islam Palestin dianggap halal oleh mereka. Inilah kejahatan yahudi zionis yang dari dahulu lagi kejahatan mereka telah terselah dengan membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul dari kalangan mereka.
Jadi, menjadi kewajipan ke atas kita untuk menolong saudara kita di Palestin mengikut tahap kemampuan kita. Antaranya ialah dengan
1.Meningkatkan kesedaran Islam dalam diri sendiri & prihatin tentang ehwal umat. “Barangsiapa yang tidak mengambil-berat tentang urusan Umat Islam, maka bukanlah dia daripada kalangannya”
2. Bantuan Keewangan . “Sesungguhnya orang2 yang beriman itu hanyalah orang2 yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu & mereka berjihad dengan harta & jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka Itulah orang2 yang benar.” ( al hujurat)
3.Sebarkan maklumat kepada rakan mengenai kekejaman rejim Zionis, membeli buku2, bahan tayangan Palestin & derma untuk Palestin. Jemput kami & NGO Lain ke tempat kerja, masjid, pejabat, sekolah anda.
4. Boikot Barangan Israel dan syarikat yang menyokong Israel dan Jangan gunakan barangan Amerika kecuali tiada pilihan lain.
5.Tingkatkan berdo’a agar Allah menyelamatkan Masjidil-Aqsa dan memenangkan umat Islam di Palestin ke atas musuh.
No comments:
Post a Comment