Saturday, July 4, 2009

Asam Garam di Mu`tah Jordan



Salam kembali..hari ni aku cukup tertekan kerana laptopku diserang virus yang terlalu kuat. Banyak gambar-gambar kenangan dan file-file yang penting telah hilang. Dahla kamera digital rosak, laptop pula buat masalah. Apa-apapun mujurlah laptopku masih bolehh diselamatkan dan diguna pakai ketika ini. Syukur pada Allah.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t kerana aku masih lagi di beri kekuatan dan kesabaran yang masih utuh dalam tubuh badanku yang dari sehari ke sehari ketika ini banyak cubaan dan dugaan telah menimpa diriku dan rakan-rakan yang lain. Pertama sekali, sama-samalah kita mensedekahkan al-fatihah buat saudara Nabil Marwan (junior persijilan Dq) dan mendoakan agar roh beliau berada di kalangan golongan-golongan mereka yang beriman. Semoga kita senantiasa beringat-ingat bahawa maut tidak mengira umur, maut tidak mengira masa, dan maut tidak mengira tempat.


Sama-samalah kita merenung seketika apakah cukup amalan kita ketika ini? Apakah sempurna tanggungjawab kita terhadap Islam? Apakah sempurna solat lima waktu kita? Apakah sempurna tanggungjawab kita terhadap ibu-bapa dan masyarakat kita? Apakah sudah terampun dosa kita sesama manusia? Alangkah indahnya hidup kita di dunia dan akhirat kelak jika semua itu kita telah tunaikan dan sempurnakan.


Saja kumemulakan bicara pasal maut supaya kita senantiasa berjaga-jaga dengannya, adakala kita terlupa pada maut dek kerana kesibukan harian yang selalu mengikuti kita ke mana saja kita berada. Dengan sedikit peringatan tersebut ku harapkan kita sentiasa terjaga dari mimpi yang panjang.


Alhamdulillah


Minggu pertama pengajian musim panas berjalan dengan lancar. Bagiku, madah-madah yang di ambil pada fasa ini iaitu Bahasa Arab 1, Akidah 1, Sirah dan Tarikh Askari tidaklah terasa terlalu berat sangat berbanding madah lain. Cuma memerlukan sedikit masa untuk memahami uslub-uslub yang digunakn oleh doktor-doktor yang mengajar. Ku harapkan doa-doa dari semua sahabat dan mana-mana yang mengenali diri yang serba kekurangan ini agar mendoakan aku di sini supaya boleh menguasai segala ilmu yang dipelajari serta mampu menterjemahkannya.


Alhamdulillah


Rupa-rupanya minggu pengajianku fasa ini , juga merupakan minggu pertama aku dan ahli rumah yang lain berpindah ke rumah yang baru setelah menghadapi masalah (bil elektrik mencecah RM1500 sebulan) dengan tuan rumah yang lama. Pasti aku tak lupakan pengalaman melihat ahli rumahku bertengkar dengan Abu Anas (tuan rumah lama) di sebabkan bil tersebut. Yang pasti kali ni duit kami telah banyak di habiskan jasa-jasa Abu Anas yang tidak bertanggungjawab. Semoga ahli-ahli Bayt Malizi mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku. Mungkin ini semua ujian dan peringatan Allah s.w.t kepada kita semua. Semoga dengan mendapat rumah baru, azam saudara-saudara sekalian dalam menuntut ilmu juga baru.


Yang penting kami ahli Bayt Malizi mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang telah membantu kami dari awal lagi semasa rumah lama kami dilanda masalah sehingga proses pemindahan ke rumah baru selesai. Indahnya ukhwah dengan amalan tolong menolong. Ingtlah, dengan berukhwah hubungan kita akan utuh hingga ke akhir hayat.


No comments: