Wednesday, July 22, 2009

Tahniah dan Takziah serta Sekalung Penghargaan

saff kepimpinan

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi saya kekuatan untuk menulis pada kali ini walaupun masa banyak mencemburui saya. Mungkin masih tidak terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH DAN TAKZIAH kepada kepimpinan baru permata sesi 2009/2010 yang di ketuai oleh saudara Mohd Amiruddin bin Ibrahim selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu`tah Jordan (PERMATA) dan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada kepimpinan yang lama yang diketuai oleh saudara Mohammad Syaheed bin Mohammad Nizar selaku mantan Presiden PERMATA sesi 2008/2009. Setiap jasa-jasamu bagi kepimpinan yang lepas akan di kenang sepanjang zaman terutama yang telah menyelesaikan urusan pendaftaran kami sebagai pelajar baru, urusan mendapatkan iqomah pelajar serta yang terlibat dalam dalam melicinkan perjalanan kehidupan harian kami di Mu`tah.


Di harap kepada kepimpinan baru dapat meneruskan perjuangan kepimpinan yang lama serta mampu meningkatkan lagi dasar ambil berat terhadap masalah-masalah yang melibatkan mahasiswa di Mu`tah. Semoga PERMATA menjadi wakil suara mahasiswa-mahasiswa yang berada di Mu`tah yang perlu sentiasa terkehadapan dalam semua isu-isu berkaitan masalah-masalah yang timbul di dalam dan luar Negara. Contohnya isu politik dan isu remaja di tanah air serta isu umat Islam di seluruh Negara. Semoga PERMATA mampu berada selari dengan gerakan persatuan pelajar di institusi dalam Negara dan institusi pengajian luar Negara tidak kira di Timur Tengah atau di sebelah Eropah. Di harapkan segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas pundak barisan kepimpinan dapat di jalankan dengan sebaik mungkin.

Ingatlah jawatan dan kekuasaan dalam satu kepimpinan bukan untuk di banggakan tapi untuk diinsafi kerana memikul tanggungjawab yang berat dalam membentuk nilai-nilai murni terhadap ahli-ahli di bawah. Rosaknya ketua maka akan rosaklah pengikutnya.

Peringatan untuk semua sahabat.Ingatlah maksud ayat Allah s.w.t :

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!(2)amat besar kebenciannya di sisi allah-kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya(3) [surah Al-Saff 2-3]

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad

Semoga maksud ayat dan maksud hadis di atas menusuk kalbu kita dan kita sentiasa menjadi orang yang sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang dibuat. Tidak kira pemimpin atau yang dipimpin semoga ia menjadi pengajaran kepada kita.

Wassalam.



No comments: